Mencari sinar yang hilang
Oleh: Maryam
Assalamu’alaikum
Alhamdullilah. Hari ini saya
masih diberi kesihatan yang baik dan saya dapat curahkan sedikit tenaga,masa
dan idea atas nama pena penulisan. Dunia hari ini seolah-olah telah sarat
dengan bermacam-macam maksiat yang dilakukan oleh manusia.
Kita boleh lihat di Malaysia
sahaja, tiap-tiap hari ada sahaja kes-kes pembunuhan,pembuangan bayi , ragut
dan sebagainya dipaparkan dalam suratkhabar. Itu perkhabaran yang
diketahui,bagaimana yang tidak dikhabarkan kepada umum,mungkin disebabkan
disembunyikan atau maklumat tersebut tidak sampai kepada pihak media.
Baru sahaja di Malaysia,bagaimana
dengan negara-negara lain;negara barat yang mencatat kes jenayah yang paling
tinggi di dunia. Kenapa semua ini berlaku? Jawapannya ,sememangnya telah kita
ketahui telah sekian lama melalui qalam Allah.
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada
para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di
muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan
(khalifah)di bumi itu orang yang akan
membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa
bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman:
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."( Al Baqarah;ayat 30)
Di dunia ini,Allah uji kita
dengan pelbagai kesusahan,kesenangan,harta,anak-anak,wanita dan sebagainya. Ada
insan yang berjaya menempuhinya dengan
tabah dan sabar,ada insan yang gagal ditengah jalan dan ada insan yang
menyalahkan Allah atas segala keperitan yang dialami.
Begitu lah dunia,tiada seorangpun
akan terlepas dalam menghadapi ujian itu,kerana ujian itu kayu pengukur
keimanan seseorang. Adakah dia sabar menghadapi ujian yang Allah berikan
padanya atau sebaliknya.
Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah
segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia
menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha
Perkasa lagi Maha Pengampun, Yang
telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat
pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah
berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?( Al Mulk;ayat 1-3)
Ujian itu yang dihadapi insan menyebabkan
sinar kehidupan semakin hilang,semakin hilang dan akhirnya terus hilang. Mencari
sinar kehidupan ibarat mencari satu cahaya yang boleh membahagiakan ‘rasa’ yang
paling dalam. Bagaimana untuk mencari sinar yang semakin hilang itu?
Insan sedar yang mereka
kehilangan sinar itu tapi mereka tidak menjumpai jalan bagaimana untuk mencari
sinar itu. Hidup tanpa sinar, seolah-olah hidup dalam kegelapan,berjalan dalam
kegelapan,tiada cahaya yang menerangi di sepanjang jalan kehidupan.
Seringkali insan,menolak
jauh-jauh agama dalam kehidupannya. Mereka menganggap anggap agama Islam itu
terlalu kolot,terlalu menyekat kebebasan;mereka terlalu benci pada agama yang
mereka anuti. Tanpa rasa bersalah mereka menghina,mencaci para ulamak dan agama
yang mereka anuti sejak kecil.
Mereka tidak tahu,apa yang mereka
caci dan benci itulah,jalan menuju kepada sinar yang mereka cari selama ini. Melayu
tanpa Islam,adalah sia-sia. Negara Arab tanpa Islam,akan sia-sia. Apa-apa
sahaja bangsa mereka akan jadi sia-sia tanpa penghayatan Islam.
Kita menjengah pandangan dan
membawa minda kita kepada negara barat,ada apa pada negara barat sekarang. Iya,kita
akui mereka kuasai ekonomi dunia pada hari ini. Namun,mereka gagal;gagal dalam institusi
kekeluargaan ,mereka menjadi negara tertinggi mencatat kadar jenayah,
ramaja-remaja mereka ramai yang terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral.
Kehidupan di
dunia ini,hanyalah satu persinggahan yang sementara. Kadang-kadang kita lupa
bahawa kita akan meninggalkan dunia ini ,walaupun tiap-tiap hari kita mendengar
berita kematian. Kita seolah-olah meletakkan diri kita,takkan mati kerana masih
berusia muda. Hanya orang-orang tua yang perlu beribadat dan bagi golongan
muda, mereka perlu berhibur sementara masih belum tua.
Insan yang
menyedari diri bahawa sinar kehidupan telah hilang dalam dirinya,mereka perlu menaiki
satu langkah tangga kehidupan. Mereka perlu mencari ilmu untuk mencari sinar
itu. Semua orang tahu,betapa pentingnya ilmu dalam alam sejagat ini.
Dimana-mana insan dapat menuntut ilmu,bukan sahaja di perpustakaan memandangkan
ia gedung ilmu. Tidak,tidak tapi dimana-mana sahaja dan dengan sesiapa sahaja.
Namun,
permulaan mencari sinar itu haruslah dimulakan dengan sesuatu yang amat-amat
luarbiasa iaitu alquran. Seringkali kita diberitahu bahawa membaca alquran
memberi seribu ketenangan kepada para pembaca. Tapi kenapa seringkali saya
membaca alquran,namun saya tetap juga tidak tenang.
Bukan membaca
alquran itu tidak memberikan anda ketenangan,namun kemungkinan bacaan anda salah
tajwid,panjang pendek satu-satu bacaan dan sebagainya. Apa yang saya cuba kemukakan
di sini adalah,pelajarilah bacaan alquran. Jangan pernah malu untuk belajar,rugi
jika malu untuk belajar.
Namun,itu bukan
menjadi penyebab untuk anda tidak menghayati dan membaca alquran. Itulah sinar
kehidupan yang anda cari selama ini. Semakin anda menjauh padanya,semakin anda
meninggalkan ajaran yang terkandung di dalamnya,semakin gelap dan kelam
kehidupan anda.
Selain bacaan
alquran tersebut,amat penting anda menghayati isi-isi yang terkandung di
dalamnya.Subhanallah,ayat-ayat alquran yang anda baca terkandung ayat-ayat yang
memuji Allah, ayat-ayat untuk anda mengenal Allah melalui Kekuasaan penciptaan
langit,bumi,alam semesta dan sebagainya. Allahuakbar,Allah maha Besar,tiada apapun
yang menyerupai Allah,tiada sekutu bagi Allah SWT.
Kita boleh menghayati
kisah-kisah sahabat yang telah menemui sinar ini setelah sekian lama
bergelumang dengan lubuk dosa dan maksiat. Anda boleh menyingkap kisah-kisah artis
yang telah menemui sinar ini. Mereka bukan mencari publisiti murahan,akhlak
mereka berubah seiringnya dengan pencarian sinar itu.
Ramai
sahabat-sahabat nabi Muhammad SAW yang sanggup berkorban apa sahaja setelah sinar
itu menyinari hati mereka yang paling dalam. Umar pada asalnya seorang yang
sangat benci pada nabi dan Islam ,akhirnya sanggup berkorban harta dan nyawa
demi Islam.
Maksiat demi
maksiat yang kita lakukan pada hari ini,menyebabkan kita terus tenggelam dalam
arus kemodenan yang dibanggakan oleh semua insan itu. Pada satu limit,kita tersentap
oleh satu kejadian yang memeritkan dan di saat itu,tiada siapa yang sanggup dan
dapat membantu anda. Di kala ini,insan yang telah kehilangan sinar dalam
kehidupannya gara-gara maksiat demi maksiat yang dilakukan,menyebabkan dia
tersungkur di tanah.Dia buntu dan akhirnya dia mengambil jalan untuk mengakhiri
segala keperitan tersebut dengan membunuh diri.
Di atas,saya
telah memberi satu situasi,tidak mustahil ia akan berlaku pada anda suatu hari
nanti. Iya,tidak hari ini,mungkin esok dan suatu hari nanti,bila anda tiada
lagi jalan keluar menghadapi sesuatu yang amat perit dalam kehidupan ini.
Allah SWT telah
menyatakan dalam firmanNya kepada insan dimana hidup di dunia ini,hanyalah
senda gurau dan permainan. Jadi apa sahaja yang anda lakukan di muka bumi,tiada
apa-apa makna melainkan amal soleh dan kebaikan,saling nasihat-menasihati.
Dan tiadalah kehidupan dunia
ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat
itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?( Al An'aam;ayat 32)
Itulah
kehidupan yang sebenar-benarnya. Bukanlah
beerti Islam melarang umatnya untuk bergembira dan bersuka ria. Tidak!Islam itu
cukup indah. Rasullulah SAW juga bergembira ,namun bagaimana cara yang diajar
Islam. Islam mengajar kita menjaga batas-batas agama,jikalau hendak bergurau
biarlah gurauan itu bukan reka-rekaan dan tidak berlebih-lebihan sehingga lalai
daripada mengingati Allah SWT.
Kehidupan ini
adakala menyebabkan kita buntu,tiada menemui jalan keluar bagi pelbagai
permasalahan yang kita hadapi. Adakah kejam kehidupan ini? Itulah realiti sebuah
kehidupan. Kehidupan kita bukan sepertimana movie
yang kita tonton dimana kehidupan seorang kanak-kanak sehingga zaman remaja dan
dewasa,yang dicipta watak hanya dalam masa 3 hingga 4 jam. Tidak,apa yang anda
lihat itu,bukan realiti. Itu hanyalah fantasi. Kehidupan kita bukan begitu.
Ketahuilah,hanya
dengan mencari sinar yang telah hilang itu dapat memberi anda semangat,kehidupan,kebahagiaan
,kekuatan,perlindungan dan semuanya dalam kehidupan yang sementara ini.
Sinar itu akan
memberikan anda ‘rasa’ yang paling dalam di mana saat orang lain meninggalkan
anda,anda tidak akan pernah merasa kesepian,di saat anda buntu menghadapi
pelbagai rencah kehidupan,anda masih
tabah menghadapinya,di saat anda dilukai,anda masih boleh tersenyum,di saat
anda dihina dan dicaci,anda masih dapat mengucapkan kesyukuran kepada Allah
SWT,disaat anda dirundung luka dan keperitan kehidupan,anda masih dapat
meneruskan kehidupan sebagaimana hari-hari biasa.
Carilah sinar
yang semakin menghilang itu. Jangan pernah biarkan ia terus menghilang
disebalik arus keperitan dan kesenangan sebuah kehidupan. Ketahuilah,sinar itu
perlu dicari dan dikejar.
Carilah ilmu
cahaya yang menyinari sinar kehidupan bak matahari yang menyinari bumi di siang
hari. Carilah sinar itu dibalik ayat-ayat alquran yang cukup indah,hayatilah
setiap ayat-ayat yang terkandung di dalamnya. Mohonlah pada yang Esa,agar sinar
itu terus menyinari hidupmu dan mohonlah agar ia akan menyuluh jalan
kehidupanmu sehingga nafas yang terakhir di muka bumi ini.
Alhamdullilah,akhir kalam,moga
sedikit perkongsian mencari sinar yang hilang dapat membawa diri penulis dan
pembacasentiasa mencari sinar itu. Sesungguhnya iman itu adalah mutiara. Iman
tidak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa mengungkap lirik lagu Raihan.
Moga mencari sinar itu akan menjadi salah satu misi utama kehidupan kita hari
ini dalam menghadapi pancaroba sebuah kehidupan.
Penulis
merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta
Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda
Bioteknologi Industri,Universiti Selangor. Penulis adalah Exco Pembina GPTD
Unisel. Lawati blog , http://yummieislam.blogspot.com
.EMEL:yummie_mariam@yahoo.com