Bismillahirahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Bagaimana menjadi baik?
Hidup ada Allah SWT
Bismillahirahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Bismillahirahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Kehidupan di dunia adalah kehidupan yang sementara. Kita telah ditakdirkan menjalani kehidupan di muka bumi, mahu atau tidak,kita perlu laluinya. Susah atau senang, kita perlu melalui. Kaya atau miskin,kita tetap melaluinya. Dan pengakhiran kehidupan kita, husnul khatimah maupun sebaliknya bergantung pada bagaimana kita melalui kehidupan ini.
Iman adakala naik dan turun. Tambahan bagi golongan wanita, yang ada masa 'cuti'-nya. Ini-lah perbezaan yang besar antara lelaki dan wanita. Bagaimana dengan lelaki yang tak solat tu? Agaknya, ada hormon wanita juga, yg menyebabkan mereka pun 'bercuti' juga. Ketika golongan wanita 'cuti',masa ini, mereka tidak dapat solat, tidak dapat mengaji alquran, tidak dapat solat sunat. Jiwa mereka saat ini, lemah jika tidak membuat amalan-amalan tambahan seperti baca al-mathurat (dgn niat zikir, jika ia adalah amalan-nya), membaca buku-buku agama dan berzikir. Apa yang lebih membimbangkan, saat lalai ketika ini,menjadi satu kebiasaan yang berterusan sehingga mereka sudah tamat 'cuti'.
Ketahui-lah, golongan lelaki sangat bertuah kerana tiada masa 'cuti'-nya. Bagi lelaki yang tidak solat dan tidak mengaji dalam kehidupan harian-nya,ruginya mereka. Walaupun, mereka mempunyai tubuh badan yang kuat, namun jika jiwa-nya lemah, rugi sekali. Bagaimana untuk menjadi seorang ketua? Jika diri sendiri belum taat, belum mampu untuk solat 5waktu dan belum mampu untuk mengaji alquran dalam kehidupan harian.
Tulisan saya ini adalah motivasi buat anda di luar sana. Buat anda dan peringatan buat diri saya bahawasanya kita perlukan seseorang untuk berkongsi nasihat(kata-kata yang baik), pengalaman, cerita suka dan duka. Jangan pernah malu untuk berkongsi cerita yang baik dengan kawan-kawan. In shaa Allah, ia akan dapat dijadikan pengajaran buat insan di luar sana. Teruskan meminta nasihat dan belajar daripada orang lain. Saya juga akan terus belajar hingga ke akhir umur saya.
"Just Follow the flow"
Dalam hidup ini, tidak semua perkara kita dapat selesaikan kerana kita hanya-lah seorang hamba Allah yang lemah dan tiada kuasa luar biasa. Islam mengajar kita agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa sahaja yang kita impi-kan.
Namun, jika kita masih tidak berjaya menggapainya,apa yang kita perlu lakukan. Jawapannya: Just Follow the Flow. Allah SWT telah merancang yang terbaik untuk diri kita. Apa yg kita boleh lakukan saat ini adalah berdoa, mohon pertolongan dan kekuatan dengan perbanyakkan amalan pada-Nya. In shaa Allah, Allah akan tunjukkan jalan.
koleksi soal jawab,ustaz azhar idrus
1)Salah ke bercinta?
Tak salah. Yang salah cara menunaikan cinta itu.
2)kalau teringat kat org perempuan nak buat macam mana?
Masuk meminang.
3)Perbezaan antara bercouple dan bercinta?
Bercouple biasanya membawa erti berdua-duaan atau berpasangan ke sama ke mari manakala bercinta masing2 hanya ada rasa cinta antara satu sama lain.
4)Macam mana ustaz mengorat bini ustaz dulu?
Tak pernah mengorat pun. Ambe tanya orang ada tidak org perempuan yg nak bernikah ambe nak lihat. Pastu ambe pergi lihat. Minggu depan tunang.2 bulan nikah.
5)Sudah jatuh cinta.
Masuk meminang
Baca paper metro hari ini bertarikh 6 Jan 2014, begitu banyak kes samun dan bunuh. Adakah semua ini,ekoran kenaikan taraf hidup pada tahun 2014? Tidak dapat dinafikan, kenaikan taraf hidup akan menyumbang kepada rompakan, samun dan sebagainya.
Seseorang yang berada dalam terdesak sanggup melakukan apa sahaja (tambahan tiada perasaan takut kpd Allah SWT), melainkan jika dilaksanakan HUKUM HUDUD. Hanya itu jalan penyelesaian. Siapa sanggup, jika benar-benar terbukti kesalahan dan cukup saksi, dipotong tangan. Ada yg sanggup kehilangan tangan dgn rompakan RM10,000 atau berjuta sekalipun?
Benar-lah,hanya hukum Allah yang dapat menyelamatkan,mengamankan dan melindungi manusia.
Cinta adalah perkara yg paling memotivasikan.
Pasangan yang sedang belajar mengambil keputusan bernikah, jika mereka benar-benar fokus pada pelajaran,mereka mampu memperoleh kejayaan yg cemerlang kerana mereka punya pasangan halal yang saling-menyayangi,memotivasi-k
Namun, ada satu perkara yang ingin saya kongsikan iaitu perasaan cinta yang memotivasikan dalam beribadat. Jiwa yang tiada perasaan cinta akan sunyi dan sepi. Namun, orang yang beriman jika mereka bersendirian sekalipun, hatinya takkan sunyi dan sepi kerana dia punya cinta Allah SWT. In shaa Allah.
Kadang-kala, kita bertanya pada diri. Untuk apa, aku beribadat? Iya, jawapan-nya kerana memang tugas kita sebabagi hamba Allah beribdat kepada-Nya. Namun ada satu perkara, iaitu cinta.
