RSS

~Masak sedap atau berkhasiat yang lebih utama?~

~Alhamdullilah. Siap sudah masak. saya Tak kisah, jika lauk-lauk simple sahaja. Apa yang paling, prinsip saya masak adalah keenakan masakan dan juga kebersihan.~

Ada orang terror masak, tapi aspek kebersihan tak jaga,tak boleh juga! Ada orang sedap masak,tapi tidak mengambil kira kandungn MSG, tak boleh juga.

Orang lelaki pun,boleh belajar masak.Senang sahaja masak.Mula-mula, masak memang tak sedap. Tapi,bila dah selalu masak,insyaAllah mutunya keenakkannya akan bertambah. 

Masak ni,kena kreatif juga. Tak semestinya kena ikut straight resipi masakan. Kita boleh adjust (tambah/kurangkan) bahan-bahan masakan untuk menyedapkan masakan kita itu.

Masak labu  'siro'. Letak dalam peti sejuk, sedap!

Goreng bihun. Guna minyak yang sikit sahaja.


Masak sardin

Nasi goreng (guna minyak masak sikit shj)

Nasi goreng+tomato (guna minyak masak sikit shj)

Ayam goreng

Sup ayam

Sup ikan

Kewtiew (Guna minyak masak sikit shj)

Tom yum

Inilah antara masakan yang saya selalu masak. Saya paling suka masak dan bila orang makan 'licin', masakan yang saya masak; saya suka sangat. Itu tandanya masakan saya itu sedap..hihi. :). Banyak lagi masakan lain yang saya masak, tapi saya tak capture gambar tu.

Mak saya adalah juri bagi masakan saya. Dan saya paling suka bantu mak saya masak sebab nak tahu tip-tip memasak. Mak saya masak, sedap!

Sebab tu, kalau saya nak pastikan mak saya makan makanan yang saya masak, saya kena masak sedap-sedap! Kalau tak sedap,jawabnya duk kat situ lah makanan yang saya masak tu sampai pagi esok.

Biasanya, makanan yang mak saya suka makan bila saya masak adalah sup (ayam/tulang/daging/cendawan) dan tom yum.

Pengalaman yang paling best memasak ini, adalah ketika saya jadi tukang masak untuk INDUKSI GPTD. Time tu, saya masak sedap-sedap, sebab saya harap adik-adik akan suka untuk join program itu lagi.

Yang paling best, hari last Induksi, saya masak ayam masak merah. Saya masak satu periuk besar nasi untuk dihidangkan kepada lebih kurang 13-14 orang. Alhamdulillah, berselera semua makan. :)

Ada seorang adik ni kata; "Tengok kak mariam, saya makan sampai menjilat jari". Semua ketawa.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Dimana bahagia itu?~

Alhamdulillah, saya bahagia. 

Bahagia bukan kerana sudah berpunya, bahagia bukan kerana banyak harta.

Namun, bahagia kerana hati ini sentiasa rindukan Allah walaupun terasa terlalu tidak layak diri ini untuk merindui Allah SWT. 

Di samping itu,bahagia akan datang bila kita terima dengan qada’ dan qadarNya dengan hati yang redha. 

Bahagia apabila kita yakin bahawa akhirat itu adalah sesuatu yang pasti akan ada.

Bahagia bila kita mampu melakukan kebaikan pada orang sekeliling kita dan paling membahagiakan apabila kita dapat membahagiakan ibu kita.

Bersihkan hati anda, dalam mencari kebahagiaan. Bahagia itu tidak datang dengan banyak harta atau miliki isteri yang cantik atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan dunia.

Namun, bahagia datang dari dalam hati anda. Iya, anda mungkin akan rasa bahagia miliki harta yang banyak atau pasangan yang cantik, namun kebahagiaan itu tidak akan kekal lama.

kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih, dan (di hari itu) didekatkanlah surga kepada orang-orang yang bertakwa, dan diperlihatkan dengan jelas neraka Jahim kepada orang- orang yang sesat. (Asy Syu'araa'; ayat 89-91)

Bahagia kerana kita yakin dunia ini hanya pinjaman daripada Allah SWT, bahagia apabila kita belajar muhasabah diri.

Bahagia bila kita tidak dengki apabila melihat orang lain perolehi rezeki/kelebihan yang lebih daripada diri kita.

Bahagia apabila kita tidak bersangka buruk pada orang lain.

Inilah kebahagiaan yang diidam-idamkan oleh setiap insan. Kembali kepada fitrah insan dalam mencari kasih sayang dan redhaNya.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Perlukah berpurdah? atau purdah hanya untuk berfesyen ~

Bismillahirahmanirrahim
Assalamu'alaikum


Alhamdulillah, di pagi yang indah ini, saya masih diberi kesihatan yang baik oleh Allah swt. Alhamdullilah dikelilingi oleh orang yang baik-baik. Alhamdulillah, tidak putus-putus nikmat yang Allah swt kurniakan pada diri ini terutama nikmat iman dan hidayah yang masih segar dalam diri, yang masih kuat menegur dan 'memarahi' diri ini jika terleka dengan dunia yang penuh dengan kepalsuan.

Alhamdulillah, sy telah post dalam blog saya sebelum ini yang bertajuk "kenapa saya berpurdah?". Nampaknya ramai yang berminat tentang purdah tidak kira perempuan maupun lelaki atau mempunyai niat yang baik bagi orang yang berpurdah maupun tidak. Langkah pertama dalam mencari ilmu dan maklumat adalah salah satu cara hidayah awal sampai pada seseorang. Apabila seseorang itu mencari, kemudian memahami dan mendalami, insyaAllah satu masa nanti Allah swt akan buka hatinya untuk mengamalkan dalam kehidupan seharian atas usaha yang dilakukan. Manakala, bagi lelaki, mereka akan berkongsi segala maklumat yang diperolehi dengan ahli keluarga, adik-adik perempuan, isteri dan kawan-kawan perempuan.

Kali ini saya akan berkongsi cerita tentang purdah dengan pengalaman sendiri ,juga pengalaman orang lain dan ilmu tak seberapa yang ada pada diri ini. Saya telah lama memasang niat untuk berpurdah, dan sebelum berpurdah bermacam-macam persoalan yang bermain dalam diri seperti boleh ker aku pakai purdah dengan bidang bioteknologi, bagaimana penerimaan keluarga, apa tanggapan orang lain pada diri ini dan sebagainya. Semuanya ini bermain dalam fikiran saya ketika saya berangan-angan untuk berpurdah.

Gambar hiasan


Alhamdulillah, saya ditemukan dengan beberapa orang yang berpurdah dan saya menganalisa mereka sebagaimana orang lain sedang menganilisa diri saya. Perkara biasa dalam kehidupan untuk mengenali orang disekeliling kita dengan memerhatikan mereka. :) Banyak yang saya belajar daripada mereka perkara yang baik atau sebaliknya. Jika yang baik, kita tanam dalam diri untuk jadikan teladan. Manakala yang sebaliknya,kita jadikan sebagai peringatan agar tidak mengikuti apa yang dilakukan.

Saya banyak mencari maklumat berkenaan berpurdah seperti hukum berpurdah, kelebihan-kelebihan berpurdah dan sebagainya. Hati pada mulanya tawar untuk berpurdah apabila menemui sebahagian yang berpurdah tapi bersikap jelek tapi apabila berjumpa dengan rakan-rakan lain yang berpurdah yang menunjukkan akhlak yang baik,hati berbunga-bunga untuk berpurdah.

Purdah dapat mendidik anda untuk lebih menjaga pandangan dan hati; jika itu yang anda perlukan dalam kehidupan. Jadi ilmu itu amat penting disamping berpurdah untuk mendidik anda menjadi insan yang lebih baik. Ilmu yang ada pada diri anda akan mendidik anda memperbaiki diri dari masa ke semasa. :)

Atas permintaan seorang sahabat:

salam akak,

Apa kata akak tulis satu artikel pandangan kritik dlm blog mengenai "Budaya mencampurkan unsur tabarruj dlm berpurdah yg akhirnya menyebabkan masyarakat menjadi keliru". Syifa tengok ramai remaja yg jahil agama kat facebook berpurdah sbb suka dgn "imej" wanita solehah cantik ttp pada masa yg sama menunjuk-nunjuk/tabarujj dan berperangai gedik tak tentu hala. Ironik sungguh!!

Sedangkan berperangai gedik dan bertabarujj tu menunjukkan hilangnya malu dan adab sopan seorang gadis muslimah.

Sekian 

Saya akan cuba mengulas isu yang diminta oleh sahabat saya ini dengan sedikit ilmu yang ada pada saya. Sahabat saya meminta saya mengulas isu ini memandangkan saya juga berpurdah. Isu yang saya highlight adalah: remaja yang jahil agama kat facebook berpurdah sebab suka dengan imej wanita solehah. Perkataan jahil disini sudah memberikan jawapan bagi persoalan kawan saya ini. Maksud jahil menurut dewan bahasa adalah tidak mengetahui atau cetek pengetahuannya. Perkara yang dilakukan oleh remaja terbabit sangat bagus, iaitu berpurdah tapi niat mereka dari awal lagi sudah tidak betul.

Perkara pertama yang perlu dilakukan bagi seseorang yang ingin berpurdah adalah mencari ilmu berkenaan perkara tersebut. Ilmu akan membimbing diri agar tidak sesat dan mendidik menjadi insan yang lebih baik. Selain itu, perkara lain perlu diutamakan dahulu seperti menutup aurat yang wajib seperti lengan, tudung melepasi dada, stokin kaki, baju dan tudung tidak jarang,baju tidak ketat dan sebagainya. Jika semua perkara wajib masih dianggap enteng, sewajarnya niat untuk berpurdah ditangguhkan dulu. Perbaiki diri dulu dengan berpakaian menutup aurat sepenuhnya sebagaimana yang diajar oleh Islam.

Kenapa saya nyatakan tangguhkan? Kerana jika anda teruskan niat anda, ia akan memberi fitnah kepada orang yang berpurdah. Hanya kerana anda, namun semua orang yang berpurdah akan dilabel begitu oleh masyarakat. Di samping itu, amalan dan akhlak amat ditekankan dalam mendidik diri untuk berpurdah. Sebelum saya berpurdah, perkara pertama yang saya nilai pada diri adalah amalan seharian dan akhlak. Namun, bukanlah beerti , awak berpurdah sebab awak dah cukup baik tapi amalan seharian yang terjaga dan akhlak yang baik itu akan mencantikkan lagi perempuan yang berpurdah. Purdah juga akan mendidik perempuan-perempuan yang menjaga amalan dan akhlak yang baik menjadi lebih baik.

Semua perkara yang sebutkan diatas adalah penting dalam persediaan untuk anda istiqamah , rasa selesa dan bahagia berpurdah. Apabila anda telah membuat persediaan, ikhlaskan niat berpurdah kerana Allah SWT bukan kerana untuk kelihatan cantik, untuk dapat suami yang alim, untuk nampak solehah dan sebagainya. Ikhlaskan demi mencari redha, kasih sayang, syurga,dan rahmat Allah SWT.

       
Gambar hiasan


Ketika saya berkawan dengan orang yang berpurdah namun sikapnya tidak seiring dengan pakaian, ia buat saya sering berfikir, "kenapa begitu, awak berpurdah sewajarnya sikap awak tidak lebih jelek daripada orang yang jarang-jarang solat?" Dan begitu lah saya analisa diri saya. Saya analisa diri ini dan akhlak agar seiring dengan pakaian saya, saya tidak ingin ia menjadi fitnah buat orang lain yang berpurdah. Amat penting dan saya tekan sekali lagi ; amat penting bagi yang berpurdah menjaga akhlak diri.


Persoalannya, "bagaimana ingin menjaga akhlak seiring dengan pakaian?". Jawapannya, "jaga amalan sehariannya anda". Jaga ibadat anda, jaga pandangan dan hati anda, insyaAllah secara automatik akhlak anda akan terjaga dan Allah SWT akan sentiasa memberi peringatan pada hati anda jika anda terlalai dengan dunia ini. Bukan mudah dan juga bukan susah jika anda benar-benar inginkan. Di samping itu, pastikan anda sentiasa menuntut ilmu berterusan, atau bacalah buku-buku agama yang dapat mendidik dari masa ke semasa.

Manakala bagi tabaruj, itu terpulang pada si pemakai. Bagaimana anda ingin mencantikkan diri anda dengan berpurdah. Kecantikkan adalah sesuatu yang subjek. Anda  tidak perlu meletakkan batu permata di atas purdah anda untuk kelihatan cantik. Tidak perlu, cukup indahkan diri anda dengan akhlak yang baik. Ia akan kelihatan cantik, pada hati yang baik dan ia akan kelihatan tidak cantik pada hati yang bermasalah. Sebenarnya, secara rasional anda sudah terselamat dari pandangan orang yang mempunyai penyakit dalam hati walaupun anda dipandang tidak cantik oleh mereka.

Setakat ini dulu ulasan saya dan perkongsian berkenaan berpurdah. Banyak sumber ilmu yang anda boleh perolehi seperti buku, internet ,tv dan sebagainya. Moga sedikit usaha dapat menjadi bekal buat saya disana nanti. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Menyambung pengajian~

Bismillahirahmanirrahim

Alhamdullilah, tamat sudah pengajian saya selama 3 tahun tapi secara tidak rasmi, secara rasmi apabila saya telah konvo. Walaupun begitu banyak ujian, dan dugaan yang dihadapi sepanjang pengajian disini,namun saya bersyukur banyak perkara yang saya perolehi yang saya tidak dapat lihat dengan mata kasar tapi dapat dirasai oleh mata hati. Alhamdullilah..



Inilah kehidupan yang sementara. Kejarlah apa yang ingin kita kejar, namun satu perkara yang jangan kita tercicir iaitu amal-amal soleh. Kejarlah pelajaran, harta-benda, orang yg tersayang namun pastikan anda tidak tercicir Allah swt dan Rasullulah SAW dalam hidup anda. Berapa ramai yang kita lihat hari ini, orang yang sanggup kejar harta dunia, namun tercicir Allah dalam kehidupan mereka. Berapa ramai hari ini yang kejar orang tersayang, "kekasih", hingga tercicir Allah dalam kehidupan mereka.

Perjalanan kehidupan kita akan diteruskan sehingga satu saat, ajal datang menjemput kita dengan cara yang kita tidak ketahui bagaimana; mungkin kemalangan, atau sedang tidur, atau sedang solat, atau sedang makan atau pelbagai kemungkinan. Dan persoalannya, adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi saat itu? Sudah bersediakah kita dengan bekalan untuk dibawa ke sana? Jika belum bersedia, dikesempatan yang masih ada, mari kita sama-sama memperbanyakkan amal-amal soleh. Moga dengan sedikit amal soleh itu dapat menyelamatkan kita dari azab api neraka..

InsyaAllah, rancangan saya untuk menyambung pelajaran pada 2014. Saya akan sambung master terlebih dahulu,dan jika ada rezeki boleh sambung phd pula. :) Lepas graduate, saya akan cari pekerjaan dulu, timba pengalaman, kumpul duit sikit dan sebagainya. Rasanya, duit tiada masalah jika sambung sebab banyak saluran yang boleh dimohon utk student master seperti biasiswa dari IPTA, mybrain, apply RA dan sebagainya. Bila dah graduate,pasti nak rasa juga menjadi pekerja. Pengalaman saya yang paling saya ingat dan rasa best bekerja adalah sebagai guru sandaran.. 



 Kahwin? No komen.. Jika ada yang melamar dan memang dia adalah jodoh saya, insyaAllah kahwin lah saya.. Jika tidak, bertawakkal pada Allah swt. Yakin dengan janji Allah, seorang perempuan yang baik adalah utk lelaki yang baik. Jadi,tidak perlu tergesa-gesa, jika belum sampai masanya..

InsyaALLAH,doakan cita-cita sy termakbul. Disini,saya letakkan link post graduate utk beberapa IPTA. Jika anda berminat untuk mohon, boleh lah apply:



 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Qhalifah Travel~ Melihat dunia

Assalamu'alaikum

Alhamdullilah, saya telah tamat belajar selepas bertungkus-lumus selama 3 tahun.. cuma tinggal praktikal berbaki 3 bulan. Doakan moga semuanya berjalan dengan baik dan saya dapat tamat belajar dengan pencapaian yang saya impikan.

Atas permintaan seorang kakak, agar publish Qhalifah Travel di dalam blog ini, jadi dengan rasa senang hati, saya masukkan beberapa gambar yang saya peroleh dalam page Qhalifah travel. Sesiapa yang nak pergi melancong, mempunyai duit lebih, tidak salah. Melihat keindahan ciptaan Allah swt, tinggalan zaman dulu.. Moga perginya kita dalam rahmat Allah swt dan banyak ibrah yang kita perolehi.

Dan apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka, sedangkan orang-orang itu adalah lebih besar kekuatannya dari mereka? Dan tiada sesuatupun yang dapat melemahkan Allah baik di langit maupun di bumi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. (Faathir; ayat 44)





Yang ni utk pakej umrah:

"PAKEJ UMRAH 2013/1434H"



Harga:
RM4990 (Quad Room)
RM5490 (Triple Room)
RM5990 (Double Room)

Tarikh:
1) 7-18 Jun 2013
2) 14-25Jun 2013
3) 21Jun-02Jul 2013
4) 28Jun-09 Jul 2013




Yang ni pakej ke Turki:
Tour to Glorious Turkey!!!!! 8D7N~Istanbul-Canakkale-Kusadasi-Pamukkale-Cappadocia-Ankara-Istanbul~ package ground rm2800. Min 10 pax. ~Flight: MAS/Turkish Airline~


Yang ni pakej ke India:
Mengembara ke 3 bandar di India (Delhi-Agra-Jaipur) 5H4M, sudah pasti ke Taj Mahal menyaksikan sendiri pesona makam yang melambangkan cinta agung Raja Moghul, Shah Jahan ke atas isteri tercintanya, Mumtaz Mahal. Setiap inci ukiran, reka bentuk serta hamparan perhiasan menyaksikan ketinggian mutu pertukangan serta tamadun bangsa Mongul yang memerintah Agra suatu ketika dulu. Juga 1000 warna warni kehidupan dapat dilihat dan dirasai sendiri. Hanya rm1500 ground package!!!


Ini beberapa pakej yang disediakan. Untuk melihat lebih banyak pakej yang disediakan, boleh pergi ke website and facebook Qhalifah Travel.
Jika yang berminat, boleh click link di bawah:
Qhalifah Travel facebook




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Kenapa berpurdah~


~ Ada yang bertanya,kenapa pakai purdah?~

Biasanya saya akan memberikan jawapan kepada yang bertanya sebelum mereka bertanya. Namun, saya jika tak sempat memberikan jawapan itu, tetapi mereka dahulu yang bertanya saya akan bagitau apa perasaan saya apabila berpurdah.

Bagi saya, purdah bukan bukti sebuah kealiman seseorang wanita. Mungkin yang tidak berpurdah(yg menutup aurat) lebih banyak amalannya dan ilmu. Ada juga yang berpurdah; namun bila diselidiki rupanya Syiah. Apa yang paling penting; bagaimanapun kamu, tunjukkan lah akhlak yang baik, jangan sehingga DIRIMU menjadi fitnah bagi orang lain.

Bila saya berpurdah,mereka kata cantik. Saya ni bila dipuji, mula lah jadi tak menentu. Maaf buat yang memuji, saya berpurdah bukan kerana untuk dilihat cantik, Jika untuk dilihat cantik tidak perlu berpurdah, mekap jer tebal-tebal. Tapi bak kata Ustaz pahrol, kebaikan yang dilakukan akan mencantikkan diri kita; mungkin itulah yang dimaksudkan oleh mereka semua. :)  

Bagi saya,kita semua adalah sama sahaja;yang berpurdah maupun tidak. Secara peribadi, bagi saya yang nak menjaga hati, berpurdah itu adalah pilihan yang paling tepat. Mungkin sebelum ini, anda tercari-cari jawapan; berpurdah,insyaAllah anda akan dapat jawapan.

Sejujurnya, saya memakai purdah bukan untuk menutup muka. Dan sebelum berpurdah saya telah memperolehi sedikit ilmu tentang kelebihan berpurdah, hukum berpurdah (adakah muka aurat) dan sebagainya. Saya memakai purdah bukan untuk menutupi muka, tapi atas rasa bahagia apabila memakainya (sehingga saat ini dan saya semakin sayangkan purdah saya dari hari ke hari; Niat saya yg lebih dalam hati sy, cukuplah Allah shj yang tahu) .

Oleh itu, jika saya keluar makan di kedai atau saya perlu membuka purdah atas sebab-sebab tertentu (tidak dibenarkan berpurdah atas kerja), itu tidakkan menjadi saya berdosa sebab tidak berpurdah. Tidak mengapa, bagi saya bahagian wajah bukan aurat yang wajib ditutup. Jika anda berpurdah..anda akan perolehi kelebihan-kelebihan dan pahala berbanding dgn yg tidak berpurdah.

Namun, bila sudah memakainya pasti akan rasa tidak selesa bila tidak berpurdah. PILIHAN UTK TIDAK BERPURDAH ADALAH PILIHAN TERAKHIR DAN MELAINKAN TERPAKSA.

Jika prlu menanggalkan purdah untuk makan di kedai, saya akan fikir banyak kali dan KEPUTUSAN TERAKHIR, saya akan makan ditempat tertutup sahaja kerana saya sudah selesa dan bahagia dengan wajah sy yang tidak dilihat oleh lelaki ajnabi .

Gambar hiasan sahaja :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Ku abadikan kata-kata yang terindah~


Mengenalinya...

Baru sy mengerti erti 'ukhuwahfillah'..
Ukhuwah ini terjalin bukan kerana perkataan, juga bukan terbina kerana perbuatan. Tapi, ukhuwah ini terjalin kerana dengan izin Allah, yang sukar dimengertikan...

Mariam... Ye, Mariam namanya...
Sy tak sangka, sy akan bersahabat dengan seorang yang bertudung labuh semula setelah bertahun-tahun sy membenci golongan bertudung labuh. Sy tak pernah ada hati yang ikhlas dalam menjalin hubungan persahabatan dengan seorang yang bertudung labuh. Sy bersahabat dengan orang yang bertudung labuh ini kerana ingin menyakiti hatinya, ingin mengajak untuk sama-sama berfoya-foya bersama sy. Tapi, entah bagaimana, entah sejak bila, mengenali seorang yang seperti ustazah ini yang bernama Mariam, ada satu rasa di jiwa, iaitu ketenangan dan perasaan kasih.

Di Pantai Remis ini, sy cuba menguji, "Sesekali, jom la kita pegi tengok wayang pulak atau karaoke ke. Asyik sy je kena ikut cara Mariam." Tapi Mariam menggelengkan kepala sambil menyanyi lagu, "Putih-putih melati, Merah-merah delima, Siapa yang baik hati, Pasti ku terima".

Sy hanya tersenyum. Dalam hati, sy berkata, "Aku bersyukur, mengenalinya telah membuatkan hati ini semakin lembut untuk mentaati perintah Allah."

Dalam sebuah hadis qudsi, Allah SWT berfirman:

"KecintaanKu pasti akan diberikan kepada orang-orang yang saling mencintai kerana-Ku, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling mengunjungi keranaKu, kecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling memberi keranaKu, kecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling menjalin persaudaraan keranaKu" (Riyadhus salihin)...

Mengenalinya...
Menbuatkan sy lebih menghargai erti sebuah 'Ukhuwahfillah'.



Lakaran seorang sahabat buat diri ini. Blog ini mengabdikan kata-kata yg telus dari hati seorang sahabat. Saat membaca tulisan yang ditujukan khas buat diri, bergenang air mata. Entah, apa perasaan yang terselit disebalik hati kecil ini.

Apa yg pasti,sy ikhlas bersahabat dengannya dan semuanya kerana Allah swt.

Moga persahabatan ini, kekal sehingga ke Syurga.

Moga jaja, bahagia dan bertemu pasangan yang diidam-idamkan sebagaimana diri ini yang masih menanti 'putera idamana'. Jika tidak menjumpai, cukuplah cinta Allah swt yang sentiasa dirindui dan dicari.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pages