RSS

~KembaLI PADA Allah~

~kEMBAli pada Allah,bertaubat~

Menginsafi diri sendiri,
Merenung kedalam hati dan diri
Betapa banyak aku menzalimi diri dan melakukan dosa padaMu
Ya Allah,terima lah taubatku
Betapa kerdilnya aku
Jika dibandingkan dengan ciptaan Mu yg lain,
Ciptaan langit yg terbentang luas
Ciptaan gunung ganang
Ciptaan laut
Ya Allah,aku telah berjanji untuk memegang tugas sebagai khalifah
Namun aku mengingkarinya
Aku bermaksiat padaMu
Ya Allah,aku kepingan sekeping hati yg tak pernah melakukan dosa
Namun,aku tak mampu
Kerana aku sememangnya diciptakan  begini
Dalam keadaan yg lemah,yg takkan terlepas buat dosa
Selagi aku masih bernafas dimuka bumi
Ya Allah,terimalah taubat aku
Untuk menjadi hambaMu yg kembali padaMu
Untuk menjadi hambaMu yg membersihkan hatinya
Ku rindu dan aku ingin sekali menjadi hambaMu yg setiap masa bermunajat padaMu
Namun ,aku tak mampu kerana diriku dicipta dengan nafsu
Dan adanya,musuh yg disampingku yg sentiasa ingin melihat aku jatuh
Yg hanya mampu aku lakukan,tiap kali aku jatuh,
Aku akan bangun dan kembali padaMu
Aku hambaMu yg kerdil
Ya Allah,setelah Kau berikan segala-galanya perasaan bahagia dalam hati ini,
Kekalkan ia,dalam hatiku
Aku mahu sentiasa bahagia dalam cintaMu




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~DOa dalam KehIDUPAnku~




Kehidupan…………..diteruskan ,selagi nafas masih berhembus…..aku akan teruskan kehidupan ini.Kehidupan ini adalah tempat untuk aku mendapatkan tempat yang kekal di syurga…Tapi hanya Allah swt yang tahu,adakah hambaNya ini akan mendapat syurgaNya.Apa yang aku mampu lakukan adalah melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.Siapalah aku jika dibandingkan dengan Rasullulah saw,sahabat-sahabat Rasullulah saw dan orang-orang dahulu yang mula-mula beriman pada agama Allah swt.Mampukah aku memperoleh syurga Allah swt……………..

Ya Allah swt,Engkau Maha berkuasa,Engkau Maha Penyayang,Engkau Maha Bijaksana…Aku bermohon dengan namaMu agar aku termasuk hambaMu yang memperoleh syurgaMu.Kurniakanlah padaku solat yang khusyuk padaMu…….kerana hanya dengan solat yang khusyuk padaMu,aku akan memperoleh ketenangan dan dekat kepadaMu.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Pandangan mata,panahan syaitan~


Kata org ‘dari mata turun ke hati’...
sebab tu kita kena jaga pandangan mata.Allah swt kurniakan mata pada kita agar kita dapat melihat kebesaran ciptaan Allah,membaca qalam sucinya..gunakan lah mata dengan sebaik-baiknya.


Kadang-kala mata kita saje je mengahala ke arah mamat hensem atau cewek-cwek cun katanya ‘nak cucu mata’.bagi ana,tu bukan cuci mata,yg tu mengotorkan mata,mengotorkan mata hati..menambahkan kotoran pada hati. Bukan mudah kan,utk zaman sekarang jaga mata terutama lelaki..saranan ana bagi lelaki-lelaki kat luar sana,tambahkan iman dalam dada dan tambah amalan ,ikhlaskan kerana Allah..insyaAllah,dapat jaga pandangan mata. 
Katanya,sekali pandang tu..tak dosa..sekali pandang tapi lama-lama..itu dah berdosa.jikalau terpandang,cepat-cepat alihkan pandanganmu..dan beristigaf agar syaitan xterus mghasut kita utk pandang buat kali kedua..terlalu mudah utk mata melakukan dosa..

Sbb tu,kita kena sentiasa bertaubat..agar mata yg leka memandang,hati yg telah terpalit calitan hitam..dibersihkan..sentiasa bertaubat bisa menggugurkan dosa-dosa itu..insyaAllah.beruntunglah org yg sentiasa brtaubat pada Allah..
Panahan mata antara perempuan dan lelaki ajnabi bagaikan petir yg menyambar..kerana sememangnya lelaki dan perempuan ajnabi mempunyai chemistry,apalagi terhadap orang yg kita cinta..
Berasal dari pandangan mata,syaitan membisik-bisikkan ayat-ayat cinta pada keduanya sehingga keduanya melakukan hubungan terlarang..sebb itu, perempuan dan lelaki perlu menundukkan pandangan agar tidak trcalit oleh panahan syaitan ini..

Firman Allah swt:

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".(QS. An-Nuur : 30).


Dalam hadits Rasulullah SAW kepada Ali ra. disebutkan bahwa,’Jangan lah kamu mengikuti pandangan pertama (kepada wanita) dengan pandangan berikutnya. Karena yang pertama itu untukmu dan yang kedua adalah ancaman / dosa”. (HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmizy dan Hakim).

Jaga pandangan mata agar ia tidak melilau memandang perkara yg haram..jikalau kita terlepas pandang,beristigfar..kita manusia lemah,kadang-kala terleka dan terlalai.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~maLAM aSSIGnmeNT~

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Apa khabar?Malam ini,ana bertungkus lumut menyiapkan assignment yang ditinggalkan oleh sahabat-sahabat yg lain.Tugasan yang terakhir ini adalah men'edit' assignment,nama je kerjanya edit tapi ana mengambil masa lebih 3 jam untuk betul-betul complete.Almaklumlah,lecturer ana untuk subjek ini agak cerewet jadi kenalah wat betul-betul,silap-silap hari bulan lain pula jadinya.

Kerja ini,sebenarnya dah ditugaskan kepada kawan ana tapi ana kena buat kali ke2 untuk mengelokkan kerjanya.kenalah tolong menolong,kan walaupun memang terasa penatnya sebab kena buat kerja dua kali.

Alhamdullilah,akhirnya selepas jam 3 pagi baru ana dapat siapkan assignment ni....memang memenatkan,nak wat macam mana untuk assignment ini sahaja,30 markah diperuntukkan ,jadi kenalah wat elok-elok.

Biasalah pelajar,kalau tidur lewat tu perkara biasa..apalagi kalau dah dekat-dekat dengan final exam.jawabnya adalah yang tak tidur malam,nak wat macam mana semuanya nak study malam tu..esokkan dah nak exam.sebab tu ada sesetengah pelajar universiti yang mengalami tekanan ..jadi,nasihat ana untuk sahabat-sahabat kat luar sana,jangan lah study last minute.bahaya..silap-silap haribulan,lain pula jadinya.

Kalau kita study awal-awal,tak ada lah stress sangat bila nak exam walaupun tekanan itu tetap ada. Masa belajar,kita belajar..masa enjoy kita enjoy.Jangan habiskan masa muda dengan sia-sia.hargai lah ia kerana apabila ia telah berlalu ..masa muda itu takkan kembali lagi.

Oklah,dah pagi dah.ana nak lelapkan mata dulu..esok pagi-pagi dah ada kelas.ana tutup kata-kata ini,dengan sepotong ayat alquran;

Orang-orang yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu dan beriman; sesungguhnya Tuhan kamu sesudah taubat yang disertai dengan iman itu adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al A'raaf;ayat 153)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~BahaYA pOLiSTERine~


Info: Kanser Daripada Bekas MakananPDF

RISIKO penggunaan bekas polistirena ini mendorong ada pihak melabelkannya
 sebagai keranda putih.

GEORGE TOWN - Kerajaan diminta bertegas mengharamkan penggunaan bekas
makanan polistirena kerana ia mendedahkan pengguna kepada masalah kesihatan
khususnya risiko kanser.

Selain itu, polistirena yang mengandungi bahan kimia stirena dan benzena boleh
menjejaskan alam sekitar kerana ia didakwa sukar terurai, malah mungkin
mengambil masa 500 tahun untuk dimusnahkan secara alam semulajadi.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed
Idris berkata, bahan-bahan kimia daripada bekas itu boleh menyerap ke
dalam makanan dan kemudian ke dalam tubuh manusia.


Katanya, Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC),
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkelaskan stirena sebagai
 bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia.

Ujarnya, stirena juga adalah mutagen yang boleh menyebabkan
perubahan genetik yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan dan
berisiko kanser.

"Pendedahan kepada stirena walaupun sedikit boleh merendahkan bilangan
sel darah merah selain kepada wanita boleh mengalami gangguan haid,''
katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Sumber Link : http://www.sim.org.my/

orginal from:
~consumermuslim~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~coRETAn warNA-WArni keHIDupan~


~coretan warna -warni kehidupan~

Kulakarkan coretan kehidupan,
Hidup ini penuh dengan warna-warni,
Hari ini indah,
Esok perit,
Begitulah kehidupan,

Kita hanyalah khalifah yang diciptakan untuk mewarnakan 
kehidupan kita,
Biarlah kita mewarnakan kehidupan kita berpaksikan alquran
 dan assunah,
Kerana hanya berpaksikan al-quran dan assunah kita akan 
mewarnakan kehidupan kita di jalan yang lurus,
Kadang-kadang kita tenggelam dalam warna-warni kehidupan,
Sehingga kita lupa,
Kita diciptakan untuk beribadat kepada pencipta kita,Allah swt,
Sehingga kita lupa,
Hidup kita di dunia ini,hanya sementara sahaja,
Dunia ini menyebabkan kita tenggelam dalam kesibukan mencari 
harta kekayaan dunia,
Dunia ini menyebabkan kita tenggelam dalam kesibukan dengan 
anak-anak kita,
Anak-anak dan harta kekayaan akan meninggalkan kita,
Apabila kita dikapankan di dalam alam gelap,
Apabila tiada lagi sanak-saudara kita bersama kita,
Alam kubur,
Menggamit ibadat kita,
Menggamit amalan kita untuk menyelamatkkan kita dari 
seksa kubur,
Yang amat amat memeritkan,
Raungan ,tangisan,erangan kesakitan yang amat amat 
menderita yang tidak dapat didengar oleh sesiapa pun,
Hanya kita yang akan menghadapi,
Hidup ini,
Begitu sukarnya untuk kita melalui onak dan duri,
Kerana ujian ,
Menentukan keimanan seseorang,
Tempat bergantung kita kepada Allah swt,
Selagi kita berada di jalan yang lurus,
Insyaallah Allah swt akan menyelamatkan kita,
Nikmat paling besar yang dianugerahkan kepada kita,
Adalah anugerah iman,
Hanya keimanan yang berada didalam dada dapat 
menyelamatkan kita ,
Daripada seksa kubur,
Daripada seksa api neraka yang akan membakar dan 
menyeksakan makhluk yang sesat semasa di atas muka bumi,
Sedarlah,
Wahai kawan-kawan,
Bangkitlah dari tidur,
Marilah kita sama-sama beriman kepada Allah swt,
Marilah kita sama-sama bersyukur di atas nikmat kurniaan
 Allah swt,
Insyaallah,kita akan selamat di hari setiap orang yang sesat
 bermuka sangat masam.
Di hari buku amalan kita dibacakan……………….
Semoga kita,
Tergolong dalam golongan kanan,
Golongan yang selamat daripada api neraka,
Golongan yang akan dikurniakan oleh Allah swt syurga.
Amin.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~BetULkah BIsiKAN hATIku~

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Kata hati adakalanya menyebabkan ana berfikir panjang..betulkah kata hati?atau ia mainan daripada syaitan untuk menyesatkan manusia.Sebab itu,ana katakan bukan mudah untuk hidup di dunia ini… mungkin adakalanya betul kata hati dan adakala, kata hati hanya untuk menjauhkan manusia daripada Allah swt.Syaitan memperkudakan nafsu agar manusia sesat bersamanya dan bersama-sama menanggung azab dalam api neraka.

~hATI SEringkali dikaitkan dgn cinta~

Cinta begitu suci ..kurniaan Ilahi kepada setiap insan di muka bumi ini.namun,syaitan menggunakan cinta syawat ini untuk memusnahkan insan di muka bumi untuk melakukan maksiat kepada Allah swt..bukan mudah ye untuk menghadapi semua itu.Kita sangka kita telah melakukan perkara yang baik tapi rupa-rupanya kita telah melakukan dosa.

Letakkan dalam hatimu,Allah..insyaAllah kata hati itulah..adalah kebenaran bukan kebohongan.Penuhkan hati dengan zikir dan ingat pada Allah,insyaAllah kkita terlepas dari bisikan yg salah.. :)


Allah swt kurniaankan kita hati,nafsu dan akal.Tanpa ilmu ,kita akan menjadi hambaNya yang sesat..sesat dalam perkiraan kehidupan,sesat dalam memberi pandangan,sesat dalam pergaulan,sesat dalam beribadat.Begitu mudah untuk kita diperbodohkan oleh syaitan..hanya kerana kita tidak menuntut ilmu. Allah swt kurniaan kita akal untuk membezakan yang mana satu perlu kita ikuti kata hati…kita ikuti kata hati yang menyebabkan kita tidak berdosa dan kita tinggalkan kata hati yang menyebabkan kita bermaksiat kepada Allah swt..bukan mudah kerana ia kata hati,kita tidak nampak  ..kadang-kadang kita biarkan saja kata-kata hati bermain-main dalam minda kita… walaupun ,ia adalah sesuatu yang tidak perlu difikirkan.

Nafsu sentiasa mengajak manusia untuk melakukan kejahatan kerana ia adalah senjata syaitan untuk menyesatkan manusia.

 ~KIta berkawaN DENgan NAFsu,DidikLAH IA ;JANgan ikut KEmahuanNya~ 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pages