RSS

~Qhalifah Travel~ Melihat dunia

Assalamu'alaikum

Alhamdullilah, saya telah tamat belajar selepas bertungkus-lumus selama 3 tahun.. cuma tinggal praktikal berbaki 3 bulan. Doakan moga semuanya berjalan dengan baik dan saya dapat tamat belajar dengan pencapaian yang saya impikan.

Atas permintaan seorang kakak, agar publish Qhalifah Travel di dalam blog ini, jadi dengan rasa senang hati, saya masukkan beberapa gambar yang saya peroleh dalam page Qhalifah travel. Sesiapa yang nak pergi melancong, mempunyai duit lebih, tidak salah. Melihat keindahan ciptaan Allah swt, tinggalan zaman dulu.. Moga perginya kita dalam rahmat Allah swt dan banyak ibrah yang kita perolehi.

Dan apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka, sedangkan orang-orang itu adalah lebih besar kekuatannya dari mereka? Dan tiada sesuatupun yang dapat melemahkan Allah baik di langit maupun di bumi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. (Faathir; ayat 44)





Yang ni utk pakej umrah:

"PAKEJ UMRAH 2013/1434H"



Harga:
RM4990 (Quad Room)
RM5490 (Triple Room)
RM5990 (Double Room)

Tarikh:
1) 7-18 Jun 2013
2) 14-25Jun 2013
3) 21Jun-02Jul 2013
4) 28Jun-09 Jul 2013




Yang ni pakej ke Turki:
Tour to Glorious Turkey!!!!! 8D7N~Istanbul-Canakkale-Kusadasi-Pamukkale-Cappadocia-Ankara-Istanbul~ package ground rm2800. Min 10 pax. ~Flight: MAS/Turkish Airline~


Yang ni pakej ke India:
Mengembara ke 3 bandar di India (Delhi-Agra-Jaipur) 5H4M, sudah pasti ke Taj Mahal menyaksikan sendiri pesona makam yang melambangkan cinta agung Raja Moghul, Shah Jahan ke atas isteri tercintanya, Mumtaz Mahal. Setiap inci ukiran, reka bentuk serta hamparan perhiasan menyaksikan ketinggian mutu pertukangan serta tamadun bangsa Mongul yang memerintah Agra suatu ketika dulu. Juga 1000 warna warni kehidupan dapat dilihat dan dirasai sendiri. Hanya rm1500 ground package!!!


Ini beberapa pakej yang disediakan. Untuk melihat lebih banyak pakej yang disediakan, boleh pergi ke website and facebook Qhalifah Travel.
Jika yang berminat, boleh click link di bawah:
Qhalifah Travel facebook




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Kenapa berpurdah~


~ Ada yang bertanya,kenapa pakai purdah?~

Biasanya saya akan memberikan jawapan kepada yang bertanya sebelum mereka bertanya. Namun, saya jika tak sempat memberikan jawapan itu, tetapi mereka dahulu yang bertanya saya akan bagitau apa perasaan saya apabila berpurdah.

Bagi saya, purdah bukan bukti sebuah kealiman seseorang wanita. Mungkin yang tidak berpurdah(yg menutup aurat) lebih banyak amalannya dan ilmu. Ada juga yang berpurdah; namun bila diselidiki rupanya Syiah. Apa yang paling penting; bagaimanapun kamu, tunjukkan lah akhlak yang baik, jangan sehingga DIRIMU menjadi fitnah bagi orang lain.

Bila saya berpurdah,mereka kata cantik. Saya ni bila dipuji, mula lah jadi tak menentu. Maaf buat yang memuji, saya berpurdah bukan kerana untuk dilihat cantik, Jika untuk dilihat cantik tidak perlu berpurdah, mekap jer tebal-tebal. Tapi bak kata Ustaz pahrol, kebaikan yang dilakukan akan mencantikkan diri kita; mungkin itulah yang dimaksudkan oleh mereka semua. :)  

Bagi saya,kita semua adalah sama sahaja;yang berpurdah maupun tidak. Secara peribadi, bagi saya yang nak menjaga hati, berpurdah itu adalah pilihan yang paling tepat. Mungkin sebelum ini, anda tercari-cari jawapan; berpurdah,insyaAllah anda akan dapat jawapan.

Sejujurnya, saya memakai purdah bukan untuk menutup muka. Dan sebelum berpurdah saya telah memperolehi sedikit ilmu tentang kelebihan berpurdah, hukum berpurdah (adakah muka aurat) dan sebagainya. Saya memakai purdah bukan untuk menutupi muka, tapi atas rasa bahagia apabila memakainya (sehingga saat ini dan saya semakin sayangkan purdah saya dari hari ke hari; Niat saya yg lebih dalam hati sy, cukuplah Allah shj yang tahu) .

Oleh itu, jika saya keluar makan di kedai atau saya perlu membuka purdah atas sebab-sebab tertentu (tidak dibenarkan berpurdah atas kerja), itu tidakkan menjadi saya berdosa sebab tidak berpurdah. Tidak mengapa, bagi saya bahagian wajah bukan aurat yang wajib ditutup. Jika anda berpurdah..anda akan perolehi kelebihan-kelebihan dan pahala berbanding dgn yg tidak berpurdah.

Namun, bila sudah memakainya pasti akan rasa tidak selesa bila tidak berpurdah. PILIHAN UTK TIDAK BERPURDAH ADALAH PILIHAN TERAKHIR DAN MELAINKAN TERPAKSA.

Jika prlu menanggalkan purdah untuk makan di kedai, saya akan fikir banyak kali dan KEPUTUSAN TERAKHIR, saya akan makan ditempat tertutup sahaja kerana saya sudah selesa dan bahagia dengan wajah sy yang tidak dilihat oleh lelaki ajnabi .

Gambar hiasan sahaja :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Ku abadikan kata-kata yang terindah~


Mengenalinya...

Baru sy mengerti erti 'ukhuwahfillah'..
Ukhuwah ini terjalin bukan kerana perkataan, juga bukan terbina kerana perbuatan. Tapi, ukhuwah ini terjalin kerana dengan izin Allah, yang sukar dimengertikan...

Mariam... Ye, Mariam namanya...
Sy tak sangka, sy akan bersahabat dengan seorang yang bertudung labuh semula setelah bertahun-tahun sy membenci golongan bertudung labuh. Sy tak pernah ada hati yang ikhlas dalam menjalin hubungan persahabatan dengan seorang yang bertudung labuh. Sy bersahabat dengan orang yang bertudung labuh ini kerana ingin menyakiti hatinya, ingin mengajak untuk sama-sama berfoya-foya bersama sy. Tapi, entah bagaimana, entah sejak bila, mengenali seorang yang seperti ustazah ini yang bernama Mariam, ada satu rasa di jiwa, iaitu ketenangan dan perasaan kasih.

Di Pantai Remis ini, sy cuba menguji, "Sesekali, jom la kita pegi tengok wayang pulak atau karaoke ke. Asyik sy je kena ikut cara Mariam." Tapi Mariam menggelengkan kepala sambil menyanyi lagu, "Putih-putih melati, Merah-merah delima, Siapa yang baik hati, Pasti ku terima".

Sy hanya tersenyum. Dalam hati, sy berkata, "Aku bersyukur, mengenalinya telah membuatkan hati ini semakin lembut untuk mentaati perintah Allah."

Dalam sebuah hadis qudsi, Allah SWT berfirman:

"KecintaanKu pasti akan diberikan kepada orang-orang yang saling mencintai kerana-Ku, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling mengunjungi keranaKu, kecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling memberi keranaKu, kecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling menjalin persaudaraan keranaKu" (Riyadhus salihin)...

Mengenalinya...
Menbuatkan sy lebih menghargai erti sebuah 'Ukhuwahfillah'.



Lakaran seorang sahabat buat diri ini. Blog ini mengabdikan kata-kata yg telus dari hati seorang sahabat. Saat membaca tulisan yang ditujukan khas buat diri, bergenang air mata. Entah, apa perasaan yang terselit disebalik hati kecil ini.

Apa yg pasti,sy ikhlas bersahabat dengannya dan semuanya kerana Allah swt.

Moga persahabatan ini, kekal sehingga ke Syurga.

Moga jaja, bahagia dan bertemu pasangan yang diidam-idamkan sebagaimana diri ini yang masih menanti 'putera idamana'. Jika tidak menjumpai, cukuplah cinta Allah swt yang sentiasa dirindui dan dicari.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Melakukan kebaikan akan sentiasa diuji~

Bismillahirahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Ada orang kata, bukan mudah untuk berubah. Ada pula orang kata; nak berubah tunggu seru. Ada yang kata; tak yah nak jadi baik sangat, aku kenal sangat kau tu.

Ada satu hari, Marlina ingin menghadari Usrah GPTD. Ya Allah betapa beratnya hati ini diuji. Terasa sangat malas untuk melangkah kaki ke sana. Tapi, dia langkahkan kakinya menuju ke usrah tersebut. Patutlah, begitu sukarnya untuk dia pergi ke sana kerana disitulah Marlina belajar lebih banyak erti kehidupan ini.

Begitulah beberapa contoh yang saya berikan, apabila kita ingin atau sedang melakukan kebaikan kita akan diuji. Begitu sukarkah untuk melakukan kebaikan? Kebaikan adalah perbuatan yang dilakukan oleh seseorang. Manakala, hati yang akan menggerakkan seseorang itu untuk melakukan kebaikan.

sabda Nabi s.a.w: “Ketahuilah bahawa dalam 


jasad ada seketul daging, apabila baik maka 

baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah 

jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”

Apabila seseorang itu sedang atau ingin melakukan kebaikan hatinya dan dirinya akan diuji. Sabarkah dia atau melatahkah dia apabila diberikan ujian itu. Orang yang diberikan ujian ini, perlu lah bersabar dengan ujian yang diberikan.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al 'Ankabuut;ayat 2-3)

Dalam ayat alquran diatas, Allah swt telah menyatakan cukup jelas, adakah kita katakan kita beriman,sedangkan kita belum diuji. Jika kita seorang yang beriman, apabila kita diuji,kita akan bersabar dengan ujian yang diberikan.

Ini tidak. Apabila diuji, tak nak lagi melakukan kebaikan, tak nak lagi bersolat, tak nak lagi menolong orang lain dan sebagainya.


 Ataukah orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu mengira bahwa mereka akan luput (dari azab) Kami? Amatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu. (Al 'Ankabuut;ayat 4)

Kita mempunyai pilihan, apabila diuji kita hendak bersabar atau melakukan kejahatan sebab tidak tahan dengan ujian. Orang lain takkan rugi, Allah SWT takkan rugi, yang rugi adalah diri kita sendiri.

Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah itu, pasti datang. Dan Dialah Yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al 'Ankabuut;ayat 5)

Oleh itu buatlah pilihan yang betul. Jika anda saat ini, sedang melakukan perkara yang betul, iaitu perkara yang diredhai Allah SWT, Apa lagi,jika anda sedang membantu agama Allah SWT, teruskan perjuangan anda. Bersabarlah,bersabarlah,bersabarlah dan teruskan melakukan kebaikan.

Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah , niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (Muhammad; ayat 7)


Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,Universiti Selangor. Penulis adalah Exco Pembina GPTD Unisel. Lawati blog: http://yummieislam.blogspot.com. EMEL:yummie_mariam@yahoo.com 



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Akhirat atau dunia

Bismillahirahmanirrahim
Assalamu'alaikum



Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat. (Asy Syuura;ayat 20)




Kehidupan kita ini adalah kehidupan sementara yang Allah bagi pinjam untuk kita. Bila-bila masa Allah boleh ambil kembali apa yang dipinjamkan untuk kita. Bila-bila masa Allah bolehambil nyawa kita, rezeki yang kita miliki, pancaindera kita, anggota badan kita, nikmat sihat kita. 



Namun, banyak manusia yang lupa yang segala nikmat yang diberikan kepada mereka adalah pinjaman. Apabila sesuatu yang dikatakan pinjaman, semuanya perlu dibayar. Bagaimana dengan pinjaman yang Allah berikan? Allah tidak menyuruh kita membayar segala nikmat yang diberikanNya kepada manusia sebaliknya Allah menyuruh kita melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.



Dengan kata lain, Allah swt menyuruh manusia bersyukur dengan segala nikmat yang Allah swt berikan dengan beramal kepadaNya dan meninggalkan laranganNya.



Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji." (Luqman;ayat 12)








Namun, manusia bukan sahaja tidak bersyukur malahan melakukan kemaksiatan kepada Allah swt. Manusia melakukan kerosakkan dimuka bumi, melakukan kejahatan, merosakkan alam, melakukan kezaliman dan penindasan, dan sanggup melakukan apa sahaja atas nama harta benda.

Panduan dan pegangan hidup kita adalah alquran, sunnah Nabi Muhammad SAW dan Ijma Ulamak.In Shaa Allah jika kita mengikuti panduan ini, kita akan berada di atas jalan lurus. Namun begitu ada juga, golongan yang mengambil alquran sebagai dalil untuk menegakkan kebatilan. Mereka mengambil separuh dari kandungan alquran dan meninggalkan separuh lagi. Maka sesatlah golongan itu.


Dalam Surah Asy Syuura, ayat 20; Allah berfirman jika manusia impikan kehidupan akhirat,iaitu kehidupan yang kekal, Allah akan berikan kepada mereka. Manakala golongan yang hanya menginginkan kehidupan dunia sahaja, Allah swt akan berikan hanya untuk dunia sahaja, tiada balasan untuk akhirat.



Ayat ini berkait rapat dengan amalan-amalan yang kita lakukan di muka ini. Jika kita melakukan kebaikan seperti bersedekah, menolong orang lain, berdakwah adalah kerana mencari akhirat iaitu mencari rahmat dan redha Allah swt, InsyaAllah Allah swt akan memberikan balasan (pahala) yang berlipat kali ganda kepada mereka.


Namun, jika segala kebaikan yang dilakukan semata-mata untuk mendapat pujian manusia, tiada lagi balasan(pahala) yang diperolehi. Yang hanya diperolehi adalah pujian manusia kerana itu lah yang dikehendaki oleh si pembuat kebaikan.


Lakukan segala amal soleh untuk mencari cinta, kasih sayang, rahmat dan redha Ilahi. InsyaAllah engkau akan bahagia. Hidup kita ini sekejap sahaja, namun ingat, ingat yang sementara akan diuji dengan ujian, kesenangan, keperitan. Dan kita juga ada musuh yang nyata iaitu syaitan dan juga musuh tersembunyi iaitu manusia yang menyembunyikan kejahatan dalam hati mereka.


Dalm hidup yang serba moden,hidup yang dikelilingi kemasiatan dan  hidup yang dilitupi oleh kejahatan yang dilakukan secara terang-terangan dan tersembunyi oleh manusia. Mohon lah perlindungan dan rahmatnya, moga hidup kita terselamat dan kaki kita tidak tergelincir pada jalana kesesatan.    




Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,Universiti Selangor.Lawati blog , http://yummieislam.blogspot.com .EMEL:yummie_mariam@yahoo.com 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Dunia hari ini~


Dunia hari ni,


Mengajar diri ini menjadi insan lebih tabah


Mengajar diri ini lebih mendekat pada Allah


Mengajar diri ini hidup berdikari


Mengajar diri ini agar tidak menjauh dari alquran


Mengajar diri ini sentiasa merendah diri


Kerana dunia hari ini terlalu kejam


Kerana dunia hari ini telah banyak menunjukkan tanda2 kiamat

Kerana dunia hari ini terlalu maksiat

Hanya Allah swt yang dapat menyelamatkan insan

Hanya Islam yang dapat menunjukkan diri ini ke jalan yang benar.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Masa depan~


Aku termenung memikirkan masa depan,


Dimanakah aku nanti?


Apakah pekerjaan aku nanti?


Siapakah jodoh aku?


Jiwa Aku tersentap,


Mungkin aku tidak akan pernah sampai saat itu,


Izrail datang mengambil nyawaku sebelum sempat aku melalui saat itu.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pages