Bismillah
Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat yg Allah kurniakan kpd kita,
sekecil-kecil nikmat sehingga sebesar-besar nikmat. Terlalu banyak nikmat yg
dianugerahkan kepada kita; mata yg dapat melihat, hidung yg dapat kita brnafas,
telinga yg kita dapat mendengar, mulut yg dapat kita makan dan brcakap, lidah
yg dapat kita merasa, kaki yg dapat kita brjalan, tangan yg dapat kita bekerja
,udara yg segar dan nikmat yg terbesar adalah nikmat Iman dan Islam.
Beruntunglah siapa yg memperolehi nikmat iman dan Islam kerana saat dunia akhir
zaman ini, tidak ramai yg memilih jalan ini.
Alhamdulillah, saat ini, ada rezeki pendapatan untuk saya menyara diri sendiri
yang kerdil ini dan sedikit sumbangan buat ibu dapat disumbngkan setelah
bertahun-tahun hidup dalam pendapatan yang tidak menentu. Sekarang bermula
perancangan untuk masa depan; menyambung master, target tamat master dan jika
ada rezeki menyambung phd. Ada juga perancangan utk mendirikan rumahtangga.
Namun, siapa-lah diri ini untuk mengatakan saya pasti akan bernikah saat ini
dan saat itu. Buat masa sekarang, hanya merancang. Sebaik-baik perancangan
kita, lebih baik dan TERBAIK adalah perancangan Allah SWT.
Saya telah berkongsi pengalaman saya mencari perkerjaan dengan pointer yang
kurang memuaskan selepas tamat belajar di UPM.
http://yummieislam.blogspot.com/2013/07/impian-yang-bakal-menjadi-kenyataan.html
Alhamdulillah selepas saya
tamat belajar di UNISEL, saya telah mendapat tawaran kerja sebelum saya tamat
praktikal. Alhamdulillah, peluang pekerjaan itu sentiasa diberikan dengan izin
Allah SWT. Walaupun saya tidak capai target untuk konvo dengan 3.50 namun saya
redha. Inshaa Allah, ada hikmah disebalik semua-nya. CGPA saya hampir dengan
3.50. Alhamdulillah.
In shaa Allah, sekarang saya bekerja sebagai Pembantu Penyelidik dengan
pendapatan bulanan yang tidak terlalu mewah,namun cukup untuk menyara diri
sendiri dengan taraf hidup yang tidak terlalu tinggi kerana tinggal dalam IPTA.
Saya akan menyambung master dalam bidang bioteknologi. Soal rezeki saya pada
masa hadapan, saya bertawakkal pada Allah SWT. Sesungguhnya Allah yang
memberikan rezeki buat setiap hamba-hambaNya. Saya telah berusaha untuk merubah
kehidupan saya agar lebih baik berbanding sebelum-nya; setelah berusaha, berdoa
dan letakkan tawakkal sepenuhnya kepada Allah SWT. In shaa Allah, Allah akan
membantu.
Semua perkongsiaan moga dapat dijadikan panduan buat sesiapa sahaja yang sedang
menjalani kehidupan ini. Buat adik-adik yang masih belajar, ambil-lah peluang
yang berada di depan mata dengan belajar bersungguh-sungguh agar konvo dengan
pointer yang cemerlang. In shaa Allah, peluang pekerjaan akan sentiasa
diberikan kepada fresh graduate yang tamat belajar dengan pointer yg
cemerlang. Selain itu, adik-adik juga perlu libatkan diri dengan mana-mana
persatuan dan menyertai program-program yang dianjurkan oleh universiti untuk
memperoleh ilmu-ilmu yang tidak diperolehi dalam kelas. Rugi jika konvo dengan
pointer yang tinggi namun gagal membuktikan diri cemerlang ketika menghadiri
interview kerana kurang soft
skill.
Apa yang kita lakukan di dunia ini, apa yang paling penting adalah "apa tujuan kita melakukan sesuatu perkara dalam kehidupan kita". Walaupun sebelumnya, sukar saya memperoleh pekerjaan, namun semua itu mematangkan saya dan jika saya tak hadapi-nya, saya tidak dapat berkongsi dengan adik-adik dan memberi dorongan untuk belajar bersungguh-sungguh.
Tanamkan cita-cita untuk jadi seorang umat Islam yang berjaya dunia dan akhirat. Apabila ramai orang Islam yang berjaya, mereka secara tidak langsung tidak memandang rendah akan Islam. :)