Titipan hidayah
Oleh: Yummie
Marlina berada di
padang yang luas sambil memerhatikan burung berkicauan, langit yang tinggi,
awan yang bergumpalan. “Subhanallah,betapa indah alam ciptaanMu ya Allah”
terdetik dalam hati kecil Marlina.
Marlina sangat gemar memerhatikan
alam ciptaan Allah SWT kerana semua itu dapat mendekatkan dirinya kepada Allah
swt. Dia adalah seorang gadis yang tidak bersekolah dalam sekolah aliran agama
,hanya bersekolah kebangsaan, namun hidayah Allah swt itu tidak mengira siapa
gerangannya.
Marlina bukan sahaja
sentiasa membaca alquran dalam kehidupan seharian-harian malahan menghayati dan
sedaya upaya mengamalkan suruhan Allah swt yang terkandung dalam qalamNya.
Firman Allah swt:
Sesungguhnya
dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang
terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang
mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan
mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya
Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau,
maka peliharalah kami dari siksa neraka. (Ali 'Imran;ayat
190-191)
Subhanallah, ayat alquran ini amat menyentuh hati Marlina. Setiap kali, dia keluar dari rumahnya ,dia akan memerhatikan apa sahaja ciptaan Allah swt di jalanan iaitu binatang-binatang kecil, langit, awan, pokok-pokok. Semua itu dirasakan betapa hebatnya kuasa Allah menciptakan semua itu. Terasa kerdilnya diri ,seorang hamba yang sentiasa melakukan dosa. Matanya ditahan dari melihat perkara-perkara yang diharamkan. Jika matanya terpandang perkara-perkara yang tidak diizinkan oleh Allah swt,hatinya beristigfar.
Subhanallah, ayat alquran ini amat menyentuh hati Marlina. Setiap kali, dia keluar dari rumahnya ,dia akan memerhatikan apa sahaja ciptaan Allah swt di jalanan iaitu binatang-binatang kecil, langit, awan, pokok-pokok. Semua itu dirasakan betapa hebatnya kuasa Allah menciptakan semua itu. Terasa kerdilnya diri ,seorang hamba yang sentiasa melakukan dosa. Matanya ditahan dari melihat perkara-perkara yang diharamkan. Jika matanya terpandang perkara-perkara yang tidak diizinkan oleh Allah swt,hatinya beristigfar.
Di padang itu, Marlina
kembali mengimbau kisah hidupnya 10 tahun yang lalu,ketika itu umurnya semakin
menginjak dewasa. Alhamdullilah, Marlina diberi peluang untuk merasa apa yang
dilalui oleh Nabi Muhammad SAW iaitu sebagai penternak kambing. Marlina
mempunyai beberapa ekor biri-biri ketika itu dan dia yang menjaga biri-biri
memandangkan ibunya bekerja di luar.
Tiap-tiap petang
Marlina membawa biri-biri ke padang agar biri-biri dapat menikmati rumput yang
lebih segar . Disaat ini, Marlina belum mengenal apa erti Islam yang sebenar.
Marlina saat itu hanyalah seorang kanak-kanak yang dibesarkan dengan ilmu yang sedikit
tentang agama yang dianuti. Apa yang diketahuinya, orang yang beragama islam perlu
menunaikan solat 5 waktu, berpuasa, pergi haji. Jika tidak menunaikan solat dan
tidak berpuasa akan berdosa. Tapi,dia tak tahu kenapa perlu dilakukan semua
itu. Jika dia solat, dia solat kerana apa yang dia pelajari orang Islam perlu
solat.
Ketika berada di
padang, Marlina sangat gemar memerhatikan gumpalan awan dan langit yang tinggi.
Ketika itu, tidak terdetik dihatinya kekuasaan Allah. Apa yang menarik pada
Marlina, adalah begitu indahnya alam ini. Betapa indahnya langit yang biru dan
gumpalan-gumpalan awan. Marlina mempelajari ilmu agama Islam hanya di sekolah
iaitu subjek Pendidikan Islam.
Ibu bapanya tidak mengajar secara formal tentang
Islam. Hanya sekadar nasihat agar solat, hormat orang tua, mengaji alquran,
puasa. Marlina tidak pernah membuka satu alquran terjemahan yang lengkap dimana
didalamnya terkandung tentang kebesaran Allah swt, suruhan dan laranganNya,
kisah-kisah para nabi dan semua aspek kehidupan.
“Alhamdullilah”,
Marlina menerbitkan rasa syukur yang terpendam di dalam hatinya. Walaupun dia
tidak dibesarkan dalam keluarga yang alim, namun hidayah Allah swt mengetuk
hatinya ketika dia berumur 19 tahun. Walaupun begitu, keluarganya masih
menerapkan ajaran Islam dalam membesarkan anak-anak iaitu ibu bapa Marlina
memastikan Marlina dan kakaknya khatam alquran ketika berusia 13 tahun.
Sebagaimana kisah-kisah
muallaf yang mendapat hidayah melalui qalam Allah swt. Tidak banyak yang
berbeza hidayah mengetuk hati Marlina iaitu melalui qalam terjemahan. Marlina menemui,
membaca,menghayati alquran terjemahan ketika dia berumur 19 tahun. Ketika itu,
Marlina menyambung pengajian di Matrikulasi. Surau adalah salah satu tempat
yang sentiasa dikunjungi Marlina memandangkan aktiviti-aktiviti ceramah juga
sentiasa diadakan oleh pihak pengurusan kolej bagi memastikan para pelajar
mempunyai pengisian rohani yang cukup sebelum menjejak kaki ke institut
pengajian tinggi.
Marlina masih ingat,
semakin direnung dan dihayati qalam Allah, semakin Marlina insaf betapa banyak
dosa yang dilakukan dari umurnya baligh sehingga 18 tahun. Titik demi titik air
mata Marlina mengalir, hidayah mengetuk hati Marlina. Marlina insaf,kembali
kepada Islam yang sebenar.
Alhamdullilah, Marlina
sentiasa bersyukur kerana Allah swt memilih dirinya salah seorang yang menerima
hidayah itu. Selepas saat itu,Marlina tidak lagi meninggalkan amalan mengaji
alquran berserta terjemahan. Sehari ditinggal ibadat ini, hatinya tidak keruan.
Dia terlalu merindui qalam Allah beserta
ajaran-ajaran,nasihat-nasihat,larangan-larangan, janji Syurga,
Kebesaran-kebesaran Allah swt, dan semua apa yang terkandung didalamnya.
Marlina tidak sedar
yang dia telah jatuh cinta pada qalam Allah swt. Apalagi pada Penciptanya iaitu
Allah swt. Marlina dibesarkan dalam keluarga yang diuji dimana ibu bapa Marlina
berpisah sedari dia berumur 12 tahun. Marlina menginjak dewasa tanpa kasih
sayang sebenar seorang ayah. Apalagi Marlina seorang anak perempuan. Tercetus
rasa cemburu apabila seringkali mendengar cerita daripada sahabat handai
menceritakan betapa akrabnya mereka dengan bapa kandung mereka.
Marlina hanya insan
biasa. Fitrah seorang anak ingin disayangi oleh darah dagingnya. Marlina
beristigfar, tidak ingin syaitan menguasai sekeping hati dimana tempat jatuh
pandangan Allah swt.
Kehidupan yang dilalui
Marlina membuatkan dirinya berusaha mencari cinta yang abadi. Marlina sedar,
cinta insan adakala menyakitkan. Marlina tersedar yang selama ini ,dirinya
telah jatuh cinta pada Pencipta dirinya kerana itu dia sangat menyintai qalam
Allah SWT. Satu perkara yang adakala buat dirinya lupa dan lalai, godaan
syaitan untuk menyesatkan dirinya. Tidak sempurna cintanya pada Allah swt jika
dirinya tidak menyintai Rasullulah SAW. “Subhanallah, terima kasih Allah swt”
ucap Marlina di bibirnya kerana Allah swt memperingatkan Marlina melalui
program-program yang diikuti, buku-buku agama yang dibaca ,tazkirah dalam tv
dan tazkirah sahabat-sahabat di facebook.
Meningkat umur ,Marlina
sedar yang dirinya memerlukan pengdamping
dirinya iaitu pasangan halal buat dirinya. Namun, Allah swt menentukan
apa yang terbaik untuk dirinya. Walaupun umur Marlina semakin meningkat, Allah
menentukan belum tiba masanya Marlina mendirikan rumahtangga.
Marlina terus berusaha
membuktikan cintanya kepada Allah swt dengan berdakwah dijalan Allah swt,
bertahajjud, solat sunat taubat, solat istikarah, melakukan kebaikan ,melakukan
segala suruhan Allah swt dan meninggalkan laranganNya. Marlina yakin pada janji
Allah swt, insan yang baik adalah untuk orang yang baik juga.
Walaupun umurnya
semakin meningkat, marlina terima dan redha di atas segala ketentuan Allah swt
buat dirinya kerana dia yakin ,Allah swt Maha Mengetahui apa yang terbaik buat
dirinya.
Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana
muda sains (Bioteknologi),Universiti
Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda
Bioteknologi Industri, Universiti Selangor. Penulis adalah Exco Pembina GPTD
Unisel.
Lawati blog http://yummieislam.blogspot.com .
EMEL:yummie_mariam@yahoo.com