Bismillahirahmanirrahim
Assalamu’alaikum. Sudah agak lama tidak menulis,terasa rindu
untuk melakarkan ayat-ayat buat sahabat-sahabat di luar sana. Terasa kagum
apabila melihat penulis-penulis yang tidak rasa penat dan lelah dalam memerah
idea untuk menulis novel-novel dan buku islamik.
Setiap kali, saya ingin
memulakan penulisan, saya akan terbayang,bagusnya jika saya berada di tempat
yang menenangkan yang dapat memberi 1001 idea kepada penulisan seperti pantai,
kawasan air terjun, kawasan dikelilingi pemandangan dan sebagainya.
InsyaAllah,saya takkan tinggalkan dunia penulisan ini kerana
ini lah salah satu usaha dakwah yg dapat saya lakukan. Saya Cuma insan yang
masih dalam proses belajar dan memperbaiki diri kea rah yang lebih baik dan
semoga sedikit perkongsian yang tak seberapa ini dapat menjadi amalan saya di
akhir sana dan alam kubur.
Doakan saya, agar terus menjadi penulis dalam perkongsian
ilmu dengansahabat-sahabat di luar sana.
0 comments:
Post a Comment