Kebaikan itu adalah impian setiap
insan
Oleh: Maryam
Kebaikan adalah sesuatu perkara
yang sentiasa insan rindui. Bila mana orang baik yang sentiasa melakukan
kebaikan meninggalkan kita sama ada sementara atau selama-lamanya, kita akan
merinduinya. Apabila seseorang yang sentiasa melakukan kebaikan, tapi Allah
telah cabut hidayah daripada org tersebut, dia akan merindui saat-saat dia
sentiasa melakukan kebaikan. Begitulah betapa hebatnya kebaikan kepada
kehidupan.
Namun, apabila kita melihat
suasana dan situasi yang berlaku dalam negara kita hari ini, kebaikan
seolah-olah dilupakan. Tiada lagi,istilah baik dalam kamus kehidupan orang yang
mahu meneruskan kehidupan. Siapa yang menjadi baik,akan dihina, akan dianayai,
akan ditindas, akan dipinggirkan dan sebagainya. Disebabkan fenomena
itu,menjadikan semua orang takut untuk menjadi baik,takut ditindas,takut
dipinggirkan, takut ditinggalkan.
Setiap hari, kita membaca
mengenai pelbagai kisah bunuh, culik, rompakan, gaduh dan sebagainya dalam
newspaper. Seolah-olah tiada lagi istilah baik dalam hati manusia yang sanggup
melakukan perkara-perkara tersebut. Dan itulah yang sedang berlaku bukan sahaja
di negara kita, tapi di negara lain juga.
Sebenarnya, manusia dilahirkan di
muka bumi ini dalam keadaan fitrah, suka pada kebaikan. Sebab itu,kebaikan
sentiasa dirindui. Sesiapa yang melakukan kejahatan pada hari ini, pasti
bercita-cita tidak mahu melakukan kejahatan tersebut lagi suatu hari nanti. Namun, apabila semakin meningkat
dewasa,semakin banyak dosa yang dilakukan, hati dibiarkan kelam dengan
dosa,tidak dibersihkan dengan istigfar dan bertaubat. Akhirnya,mereka terlalu
mudah terjerat untuk melakukan kejahatan-kejahatan.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap bayi
yang lahir itu dilahirkan seperti kain putih, terserah kepada ibu bapanya untuk
menjadikan dia Yahudi atau Nasrani ataupun Majusi.”
Setiap bayi yang lahir dimuka
bumi ini dalam keadaan putih bersih, fitrah penuh dengan kenyaman,ketenangan
dan kebaikan. Sebab itu, apabila kita melihat bayi dan kanak-kanak kita akan
tertarik dan rasa sangat tenang. Selain itu,kita juga dapat melihat wajah ulamak-ulamak
yang begitu bersih. Hati yang bersih akan terpamer pada wajah, luaran,tingkah
laku dan zahirnya.
Sangat penting dalam kehidupan
ini kita melakukan kebaikan, bukan kerana ingin disukai atau kerana
mengharapkan pujian. Namun ada perkara yang lebih penting dan utama, iaitu
hanya dengan melakukan kebaikan, negara kita akan aman dan bebas dari kekejaman
manusia yang rakus.
Kadangkala, manusia melakukan
kejahatan kerana mereka berpeluang untuk melakukannya. Jika undang-undang negara
kita lebih tegas sebagaimana negara-negara yang melaksanakan hukum hudud di
dunia, insyaAllah akan berkuranglah dan manusia akan takut untuk melakukan
kejahatan. Contohnya; jika ada 4 orang perompak dan dibuktikan dengan saksi
yang cukup, maka 4 perompak tersebut dikenakan hukuman potong tangan. Secara
logiknya, adakah masih ada lagi manusia lain yang ingin merompak. Pasti orang
lain yang ingin merompak akan berfikir beratus-ratus kali sebelum melakukan
kejahatan tersebut. Harga sepasang tangan, tiada harga dengan duit
berjuta-juta. Begitulah,hebatnya hukum yang ditetapkan Allah.
Namun, manusia masih sanggup
berdebat tentang hukum Allah. Allah swt menjadikan manusia, hanya Dia yang Maha
Mengetahui apa yang paling baik untuk manusia. Apa sahaja hukum,suruhan dan
larangan yang Allah tetapkan di muka bumi adalah untuk kebaikan pada manusia
itu sendiri. Allah tidak memerlukan insan, namun insan yang sentiasa memerlukan
Allah.
Allah adalah Tuhan yang bergantung
kepada-Nya segala sesuatu. (Al
Ikhlash; ayat 2)
Kebaikan adalah sesuatu yang
sentiasa dirindui. Adakah baik diri kita? Bagaimana untuk menilai kebaikan
dalam diri kita? Kebaikan itu bukan untuk dipuji. Cuba kita ajukan soalan pada
diri kita. Kenapa kita baik? Kenapa kita melakukan kebaikan? Jika jawapan
kerana manusia lain atau kerana inginkan pujian,kebaikan itu takkan kekal lama.
Kita takkan kekal melakukan kebaikan. Namun,sebagai seorang manusia biasa, kita
takkan terlepas melakukan kesilapan, mungkin hari ini kita terumpat orang lain.
Jadi,solusinya, perbanyakkan muhasabah diri dan istigfar. Yang paling penting,
tiap-tiap hari kita bercita-cita untuk jadi baik dan merubah diri ke arah yang
lebih baik.
Kembali kepada persoalan saya,
kenapa kita ingin menjadi baik. Susahkah ingin menjadi baik? Maksud istilah
baik di sini adalah yang taat pada perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.
Apa yang Allah suruh? Iaitu solat, menutup aurat, beramal soleh, melakukan
kebaikan, hormati pada ibu dan bapa dan sebagainya (semua perkara2 yg baik).
Apa pula,perkara yang Allah larang? Semua perkara2 kejahatan ,termasuklah kemaksiatan
dan meninggalkan solat.
Kembali kepada pegangan kita
iaitu alquran, Allah SWT banyak berfirman tentang kebaikan. Allah SWT tahu
bahawa hanya dengan sentiasa melakukan kebaikan, manusia akan dapat hidup aman
dan harmoni walaupun orang lain melakukan kejahatan kepada diri kita.
Itulah (karunia) yang (dengan itu) Allah
menggembirakan hamba- hamba-Nya yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh.
Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku
kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan." Dan siapa yang mengerjakan
kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. (Asy Syuura; ayat 23)
Umat Islam diajar agar sentiasa
melakukan kebaikan. Dan segala kebaikan tersebut akan dibalas dengan pahala
yang berlipat kali ganda oleh Allah swt. Menjawab pertanyaan yang saya kemukan
sebelum ini. Kenapa kita ingin menjadi baik? InsyaAllah,manusia yang melakukan
kebaikan kerana Allah swt,insan tersebut akan melakukan kebaikan sehingga
akhirnya walaupun bukan dalam pandangan manusia lain. Mereka takut untuk
melakukan kejahatan kerana mereka sedar dan yakin Allah SWT melihat apa sahaja
mereka lakukan,walaupun jauh daripada pandangan manusia lain.
Islam juga mengajar kita, menolak
kejahatan dengan kebaikan. Contoh dan teladan yang paling baik adalah Nabi
Muhammad SAW. Akhlak baginda begitu indah. Tidak hairanlah, dirinya digambarkan
oleh para sahabat bercahaya-cahaya. Bukan sahaja kerana mukjizatnya,namun
kerana akhlak dan jiwa yang bersih akan terpamer pada wajah,luaran dan peribadi
baginda SAW. Nabi Muhammad SAW dihina, dikeji, dipulaukan, dilemparkan dengan
batu dan sebagainya, namun baginda sentiasa memaafkan kaum tersebut,bahkan
mendoakan kebaikan buat mereka. Dan di akhir hayat baginda masih terpamer kasih
sayang baginda kepada umatnya; ummati,ummati,ummati. Baginda masih sempat
menyebut umat baginda SAW.
Kembali menjawab soalan
seterusnya. Susahkah untuk melakukan kebaikan? Susah juga untuk menjawab
persoalan ini. Bukan kerana jawapannya susah,namun ia bergantung kepada orang
yang ingin melakukan kebaikan tersebut. Jawapannya ada pada jawapan bagi soalan
yang sebelum ini. InsyaAllah,jika anda lakukan ikhlas kerana Allah SWT,
semuanya akan jadi mudah. Ikhlaskan semuanya kerana Allah dan tuntutlah ilmu
agar hati dan jiwa kita kental untuk terus melakukan kebaikan walaupun apa
sahaja rintangan yang dihadapi.
Dan orang-orang yang sabar karena mencari
keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang Kami
berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak
kejahatan dengan kebaikan;
orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik), (yaitu) syurga
'Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang saleh
dari bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang
malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu;
sambil mengucapkan): "Salamun 'alaikum bima shabartum". Maka alangkah
baiknya tempat kesudahan itu.(
Ar Ra'd;ayat 22-24)
Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda
sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam
bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri, Universiti Selangor. Sukarelawan
exco Gptd Unisel. Lawati blog: http://yummieislam.blogspot.com .Boleh dihubungi
melalui :yummie_mariam@yahoo.com