Perkongsian erti sebuah kehidupan
Oleh:Maryam
Assalamu’alaikum
Erti sebuah kehidupan
Kehidupan di dunia ini hanyalah dipinjamkan oleh Allah SWT
kepada manusia buat sementara waktu.Namun,ramai manusia yang terlupa tentang
erti kehidupan ini.Ada juga,yang terlalai dan hanyut dengan dunia ini sehingga
lupa bahawa mereka akan meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Di dalam
dunia ini,kita sentiasa diberi pilihan oleh Allah dalam apa sahaja perkara yang
kita lakukan.Manakala,dalam alam lain iaitu alam akhirat kita tidak lagi diberi
pilihan,namun kita diberi syurga atau neraka atas pilihan yang telah kita pilih
di dunia.Kita boleh membuat pilihan untuk melakukan kejahatan dan kemaksiatan
atau kebaikan dan amal soleh di muka bumi ini.Jika kita membuat pilihan yang
salah,imbalan di akhirat nanti bersesuaian dengan pilihan yang telah kita buat.
Dalam Islam kita diajar solat sunat istikarah.Seringkali
kita tersilap,bahawa istikarah hanya untuk pilihan jodoh.Tidak
begitu,sebaliknya istikarah adalah bertujuan agar pilihan yang kita lakukan
adalah pilihan yang betul.Iya,kita boleh membuat apa sahaja pilihan,namun kita
perlu ingat hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui apa natijah disebalik pilihan
yang kita buat.Oleh sebab itu,kita
mendirikan solat sunat istikarah agar pilihan yang kita buat akan menghasilkan
natijah yang baik dan jika sebaliknya,moga Allah tidak mengizinkan berjalannya
pilihan yang kita buat.
Islam mengajar kita agar kita tidak berputus asa dalam
kehidupan ini.Islam mengajar kita agar berusaha dalam kehidupan ini untuk
kejayaan di dunia,maupun akhirat.Islam tidak mengajar umatnya untuk
bermalas-malasan dalam kerja maupun ibadat.Islam mengajar umatnya cukup
sempurna dalam menghayati erti sebuah kehidupan ini.Kita sebagai seorang Islam
seharusnya bersyukur dimana kita tidak perlu bertanya-tanya,dengan pertanyaan
tentang diri,tentang alam,tentang Allah,dan semua perkara dalam kehidupan
sepertimana penganut-penganut agama lain.Allah SWT telah mengurniakan kepada
hambaNya,qalam yang cukup lengkap tentang dunia,erti sebuah kehidupan dan juga
hari akhirat.Allah telah menjelaskan di dalm alquran,dari mana asal kejadian
manusia,kenapa kita diciptakan oleh Allah SWT,bagaimana penciptaan langit dan
bumi,bagaimana sifat-sifat Allah SWT dan semuanya panduan sebuah kehidupan yang
sementara ini adalah cukup lengkap.Saya sertakan dibawah ini beberapa kalam
Allah yang menyentuh tentang kekuasaan Allah,penciptaan manusia dan penciptaan
langit dan bumi.
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan
bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa
apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa
air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia
sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang
dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan
dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. (Al Baqarah;ayat 164)
Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya
dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah. Kemudian Dia menjadikan
keturunannya dari saripati air yang hina. Kemudian
Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia
menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit
sekali bersyukur.( As Sajdah;ayat 7-9)
Jika kita hayati dan perhatikan beberapa qalam Allah di
atas,dengan aqal yang sihat,seharusnya kita telah mendapat sebesar-besar
pengetahuan dimana tiada siapa yang dapat memberitahu tentang asal usul
kejadian kita melainkan Allah SWT yang telah menciptakan.Masih ada golongan
yang ingin membangkang ayat-ayat Allah SWT ,walaupun berapa banyak kajian yang telah
dijalankan saintis membuktikan unsur kejadian manusia dan ciptaan alam.Saintis
telah menjalankan kajian hanya pada abad ini,namun Allah SWT telah menjelaskan
tentang asal-usul kejadian manusia berabad-abad yang lalu.
Al quran cukup sempurna mengajar manusia,erti sebuah
kehidupan ini.Apa yang tiada pada kita adalah sebuah keyakinan pada sebuah
agama Islam yang cukup indah.Dimana keyakinan ini,adalah keyakinan terhadap
agama Islam dan pada hari kebangkitan.Saya telah kupas tajuk keyakinan pada
hari kebangkitan dalam artikel yang bertajuk apa beza antara tahu dan
yakin.Keyakinan adalah sesuatu yang amat-amat dan amat penting dalam erti
sebuah kehidupan di dunia ini.Kenapa?kenapa? dan kenapa ia penting?Dalam
kehidupan anda,jika anda tiada keyakinan dalam diri anda untuk berhadapan
dengan orang lain,sudah banyak mana anda telah kehilangan sesuatu keperluan
dalam kehidupan anda.Para wanita sanggup melakukan apa sahaja dalam aspek
kecantikan,agar wujud keyakinan pada diri.
Sekarang,anda sudah dapat lihat betapa penting keyakinan pada
agama Islam dan hari kebangkitan dalam sebuah erti kehidupan di dunia
ini.Keyakinan amat penting kerana berasaskan keyakinan yang utuh,insan akan
sentiasa mendorong dirinya untuk melakukan kebaikan walaupun berbagai kepayahan
dialaminya.Erti sebuah kehidupan hanya akan berharga jika adanya sebuah
keyakinan yang utuh pada agama Islam dan hari kebangkitan,iaitu hari akhirat.
Perkongsian sebuah pengertian
kehidupan
Alhamdulliah,pada 19-20 Mei 2012 ,saya telah menyertai
program Sukarekawan Muda ABIM(SUKMA) yang bertempat di Masjid Jame’ Kulala
Lumpur.Saya tidak ingin menceritakan program-program yang dijalankan.Apa yang
ingin saya kongsikan adalah erti sebuah pengertian pada golongan yang kurang
bernasib baik dan erti sebuah pilihan
dalam kehidupan.Kita seringkali merungut dalam kehidupan,ada sahaja yang kita tidak
puas hati dalam kehidupan kita,tidak kira soal duit,makanan,perasaan maupun apa
sahaja.Saya telah belajar sesuatu erti yang amat berharga melalui pengalaman
dalam menyertai program ini.
Anda pasti tahu tentang golongan homeless?Namun,sejauh mana
yang anda tahu tentang golongan ini? Anda cuma tahu ,tanpa ingin mengetahui
lebih dalam kenapa mereka boleh terjebak dalam kancah kehidupan yang begitu.Bukan
tugas kita untuk menghukum mereka,kita tidak berhak.Mereka juga,insan seperti
kita,namun mereka mungkin tersasar dalam membuat pilihan dalam erti sebuah kehidupan.Kita
tidak boleh menyalahkan mereka,dan kita tidak diciptakan oleh Allah SWT di dunia
untuk menghukum.Sebaliknya,kita diciptakan di dunia ini untuk melakukan
kebajikan,memakmurkan alam ini dan membantu golongan yang kurang berupaya
dimana Islam menganjurkan ,golongan yang berkemampuan untuk mengeluarkan zakat
agar dapat disalurkan kepada golongan-golongan ini iaitu golongan yang tidak
berkemampuan.
Saya malu dan amat malu,dengan segelintir pemimpin atasan Negara
ini dimana wang zakat pun hendak disapu mereka.Mereka seharusnya malu dan
malu,kerana mereka sudah mempunyai pendapatan yang lumayan tetapi masih terlibat
dengan rasuah dan wang haram.Sewajarnya,Negara kita yang mana,salah satu
pengeksport minyak tidak mempunyai penduduk yang tegar miskin.Dan sewajarnya,negara
yang mempunyai pendapatan Negara yang tinggi,sepatutnya dapat mengeluarkan
bantuan yang secukupnya kepada golongan yang tidak berkemampuan.
Apabila saya sendiri turun lapangan dan melihat sebuah erti
kehidupan homeless ini,saya jadi insaf pada diri.Insaf yang mana,masih banyak insan
yang kurang bernasib baik dari kita semua.Di mana golongan homeless ini hanya
tidur beralaskan kotak-kotak dan kawasan
yang kotor.Saya juga insaf,yang kita hidup di dunia ini adalah untuk membantu
golongan seperti mereka.Kami diajar agar memberi erti sebuah kasih sayang kepada
mereka bukan dengan pandangan yang menghina mereka.Inilah yang masyarakat perlu
lakukan bukan sahaja peserta-pesrta SUKMA.InsyaAllah,mari kita sama-sama
hulurkan kasih sayang dan bantuan kepada mereka agar dengan bantuan yang kita
hulurkan dapat membangkitkan semangat mereka untuk kembali pada jalan dan
pilihan yang betul.
Buat insan di luar sana,belajar erti sebuah kehidupan
daripada mereka,iaitu golongan homeless .Belajar daripada mereka,erti bersyukur
atas segala rezeki yang Allah kurniakan pada kita,walaupun dengan jumlah
pendapatan atau duit yang sedikit.Kita belajar daripada mereka,erti memiliki
sebuah rumah walaupun rumah yang kita diami hanyalah pondok yang cukup
sederhana.Kita belajar daripada mereka,rasa cukup dengan apa yang kita makan
hari ini,walaupun hanya berlaukkan ikan sardin tiap-tiap hari atau ikan masin
sahaja. Kita perlu belajar daripada mereka untuk menjadi insan yang sentiasa
bersyukur kepada Allah SWT,bukan sentiasa merungut dengan sedikit kesusahan
yang kita miliki. Kita belajar daripada mereka untuk jadi insan yang berbakti kepada
masyarat dengan menyumbangkan bantuan yang kita mampu dari segi tenaga ,wang
ringgit dan kasih sayang. Anda tidak perlu rasa kedekut atau rasa kehilangan
apabila anda menyedekahkan milik anda kepada orang yang kurang
berkemampuan.Jika anda lakukan ikhlas kerana Allah SWT,InsyaAllah Allah akan menumpahkan
rasa nikmat dalam hati anda dengan sebuah pemberian dalam kehidupan ini kerana
sebuah kebahagiaan itu milik Allah SWT.Anda tidak hilang ,sebaliknya Allah akan
menggantikan apa yang anda sedekahkan dengan melipat gandakan rezeki
anda.Rahsianya Cuma satu iaitu ikhlaskan segala pemberian anda kerana Allah
SWT.
Firman Allah SWT:
Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada
Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah
akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak.
Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu
dikembalikan.( Al Baqarah;ayat 245)
Siapakah yang mau meminjamkan kepada Allah pinjaman
yang baik, maka Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya,
dan dia akan memperoleh pahala yang banyak.( Al Hadiid;ayat 11)
Pinjaman dalam dua ayat di atas bererti sedekah yang kita
berikan secara ikhlas kerana Allah SWT.Kita perlu pastikan sedekah yang kita
berikan,kita tidak ungkit.Jika kita mengungkit sedekah yang kita berikan dan
menyakiti hati penerima,Allah tidak akan terima sedekah anda.Salah satu,syarat
pemberian anda adalah tidak menyakiti hati si peminta kerana ia menunjukkan
anda tidak ikhlas.
Dalam kehidupan ini,banyak cara yang kita boleh lakukan
untuk berdakwah kepada seseorang .Kita telah kehilangan satu sumber kekuatan
dalam berdakwah iaitu sumber kewangan .Jika kita perhatikan ramai orang Islam
yang mempunyai pendapatan yang tinggi,namun mereka tidak menggunakan pendapatan
tersebut untuk tujuan dakwah sebaliknya mereka lebih suka melaburkan pendapatan
mereka pada jalan berhibur dan melakukan maksiat.Sumber kekuatan kewangan telah
diambil oleh golongan Kristian untuk ‘menkristiankan’ golongan homeless ini.Pihak
Kristian mempunyai sumber kewangan yang amat banyak sehingga mampu memberi
makanan,duit dan membenarkan golongan homeless tinggal di dalam gereja.Golongan
homeless ini adalah terdiri daripada orang-orang Islam .Amat-amat menyedihkan
apabila mereka dibuang oleh orang Islam dan diterima oleh golongan Kristian.
Tugas kita sebagai seorang Islam menjalankan misi dakwah
kepada golongan homeless agar mereka kembali kepada Islam dan kembali membuat
pilihan yang betul dalam kehidupan mereka.Golongan ini adalah terdiri dari
golongan yang merajuk dengan keluarga.Mereka mempunyai keluarga di kampung.Tanggungjawab
kita,perlu menyedarkan mereka agar membuat pilihan yang betul iaitu kembali
kepada pangkuan keluarga bukan hidup merempak di sekitar Kuala Lumpur kerana ia
bukan pilihan yang betul.Kita perlu sedarkan mereka,bahawa mereka mempunyai
banyak pilihan selain dari pilihan yang mereka buat itu.Kita perlu juga
sedarkan mereka,bahawa Allah SWT Maha Pengasih dan Penyayang pada hamba-hambaNya.Apa
yang mereka hadapi hanyalah sedikit ujian yang Allah berikan dimana merka masih
beruntung mempunyai tubuh badan yang sihat.Orang-orang kaya diluar sana,berapa
ramai walaupun tinggal di dalam banglo yang besar tetapi menghidapi pelabagai penyakit.Ini
adalah tanggungjawab kita untuk menyedarkan mereka erti membuat sebuah pilihan
dalam kehidupan ini.
Manakala,jika anda di luar sana adalah salah seorang
golongan yang membuang ibu bapa mereka,sehingga ibu bapa mereka menjadi golongan
homeless.Sedarlah!sedarlah! Malulah pada diri.Ingat!Jika anda lakukan begitu
pada ibu bapa anda,tidak mustahil,suatu hari nanti,anak-anak anda akan lakukan
pada diri anda.Insaflah.Carilah ibu bapa anda kembali dan berilah mereka kasih
sayang.Apa yang mereka perlukan daripada anda hanyalah kasih sayang.Bukan wang
ringgit sahaja.Mereka yang telah membesarkan anda dengan penuh kasih sayang.
Alhamdullilah,saya akhiri artikel kali ini dengan doa;moga
kita semua dapat menyumbangkan dan berbakti pada masyarakat,agama dan Negara.Marilah
kita sama-sama menyumbangkan apa yang kita mampu dalam membantu
masyarakat,memartabatkan Islam di mata dunia .Islam kukuh pada zaman Rasullulah SAW
dan terbina atas dasar ukhuwah yang utuh bukan nya atas dasar dakwah Rasullulah
SAW seorang sahaja.Namun Rasullulah SAW berdakwah dengan membina ukhuwah yang
utuh dan jitu sehingga selepas kewafatan Rasullulah SAW ,Islam terus maju dan
maju .Namun Islam jatuh apabila umatnya mula meletakkan Islam hanya atas dasar
nama bukan pada amalannya sebagai seorang Islam.
Penulis
merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta
Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda
Bioteknologi Industri,Universiti Selangor.Lawati blog , http://yummieislam.blogspot.com
.EMEL:yummie_mariam@yahoo.com