Bismillahirahmanirrahim
Assalamu'alaikum
Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat. (Asy Syuura;ayat 20)
Kehidupan kita ini adalah kehidupan sementara yang Allah bagi pinjam untuk kita. Bila-bila masa Allah boleh ambil kembali apa yang dipinjamkan untuk kita. Bila-bila masa Allah bolehambil nyawa kita, rezeki yang kita miliki, pancaindera kita, anggota badan kita, nikmat sihat kita.
Namun, banyak manusia yang lupa yang segala nikmat yang diberikan kepada mereka adalah pinjaman. Apabila sesuatu yang dikatakan pinjaman, semuanya perlu dibayar. Bagaimana dengan pinjaman yang Allah berikan? Allah tidak menyuruh kita membayar segala nikmat yang diberikanNya kepada manusia sebaliknya Allah menyuruh kita melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
Dengan kata lain, Allah swt menyuruh manusia bersyukur dengan segala nikmat yang Allah swt berikan dengan beramal kepadaNya dan meninggalkan laranganNya.
Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: "Bersyukurlah
kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya
ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka
sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji." (Luqman;ayat 12)
Namun, manusia bukan sahaja tidak bersyukur malahan melakukan kemaksiatan kepada Allah swt. Manusia melakukan kerosakkan dimuka bumi, melakukan kejahatan, merosakkan alam, melakukan kezaliman dan penindasan, dan sanggup melakukan apa sahaja atas nama harta benda.
Panduan dan pegangan hidup kita adalah alquran, sunnah Nabi Muhammad SAW dan Ijma Ulamak.In Shaa Allah jika kita mengikuti panduan ini, kita akan berada di atas jalan lurus. Namun begitu ada juga, golongan yang mengambil alquran sebagai dalil untuk menegakkan kebatilan. Mereka mengambil separuh dari kandungan alquran dan meninggalkan separuh lagi. Maka sesatlah golongan itu.
Dalam Surah Asy Syuura, ayat 20; Allah berfirman jika manusia impikan kehidupan akhirat,iaitu kehidupan yang kekal, Allah akan berikan kepada mereka. Manakala golongan yang hanya menginginkan kehidupan dunia sahaja, Allah swt akan berikan hanya untuk dunia sahaja, tiada balasan untuk akhirat.
Ayat ini berkait rapat dengan amalan-amalan yang kita lakukan di muka ini. Jika kita melakukan kebaikan seperti bersedekah, menolong orang lain, berdakwah adalah kerana mencari akhirat iaitu mencari rahmat dan redha Allah swt, InsyaAllah Allah swt akan memberikan balasan (pahala) yang berlipat kali ganda kepada mereka.
Namun, jika segala kebaikan yang dilakukan semata-mata untuk mendapat pujian manusia, tiada lagi balasan(pahala) yang diperolehi. Yang hanya diperolehi adalah pujian manusia kerana itu lah yang dikehendaki oleh si pembuat kebaikan.
Lakukan segala amal soleh untuk mencari cinta, kasih sayang, rahmat dan redha Ilahi. InsyaAllah engkau akan bahagia. Hidup kita ini sekejap sahaja, namun ingat, ingat yang sementara akan diuji dengan ujian, kesenangan, keperitan. Dan kita juga ada musuh yang nyata iaitu syaitan dan juga musuh tersembunyi iaitu manusia yang menyembunyikan kejahatan dalam hati mereka.
Dalm hidup yang serba moden,hidup yang dikelilingi kemasiatan dan hidup yang dilitupi oleh kejahatan yang dilakukan secara terang-terangan dan tersembunyi oleh manusia. Mohon lah perlindungan dan rahmatnya, moga hidup kita terselamat dan kaki kita tidak tergelincir pada jalana kesesatan.
Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda
dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut
dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,Universiti
Selangor.Lawati blog , http://yummieislam.blogspot.com
.EMEL:yummie_mariam@yahoo.com