~KembaLI PADA Allah~
~DOa dalam KehIDUPAnku~
~Pandangan mata,panahan syaitan~
~maLAM aSSIGnmeNT~
~BahaYA pOLiSTERine~
Info: Kanser Daripada Bekas Makanan |
RISIKO penggunaan bekas polistirena ini mendorong ada pihak melabelkannya sebagai keranda putih. GEORGE TOWN - Kerajaan diminta bertegas mengharamkan penggunaan bekas makanan polistirena kerana ia mendedahkan pengguna kepada masalah kesihatan khususnya risiko kanser. Selain itu, polistirena yang mengandungi bahan kimia stirena dan benzena boleh menjejaskan alam sekitar kerana ia didakwa sukar terurai, malah mungkin mengambil masa 500 tahun untuk dimusnahkan secara alam semulajadi. Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata, bahan-bahan kimia daripada bekas itu boleh menyerap ke dalam makanan dan kemudian ke dalam tubuh manusia. Katanya, Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkelaskan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia. Ujarnya, stirena juga adalah mutagen yang boleh menyebabkan perubahan genetik yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan dan berisiko kanser. "Pendedahan kepada stirena walaupun sedikit boleh merendahkan bilangan sel darah merah selain kepada wanita boleh mengalami gangguan haid,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Sumber Link : http://www.sim.org.my/ orginal from: ~consumermuslim~ |
~coRETAn warNA-WArni keHIDupan~
~coretan warna -warni kehidupan~
Hidup ini penuh dengan warna-warni,
Hari ini indah,
Esok perit,
Begitulah kehidupan,
Kita hanyalah khalifah yang diciptakan untuk mewarnakan
Biarlah kita mewarnakan kehidupan kita berpaksikan alquran
Kerana hanya berpaksikan al-quran dan assunah kita akan
Kadang-kadang kita tenggelam dalam warna-warni kehidupan,
Sehingga kita lupa,
Kita diciptakan untuk beribadat kepada pencipta kita,Allah swt,
Sehingga kita lupa,
Hidup kita di dunia ini,hanya sementara sahaja,
Dunia ini menyebabkan kita tenggelam dalam kesibukan mencari
Dunia ini menyebabkan kita tenggelam dalam kesibukan dengan
Anak-anak dan harta kekayaan akan meninggalkan kita,
Apabila kita dikapankan di dalam alam gelap,
Apabila tiada lagi sanak-saudara kita bersama kita,
Alam kubur,
Menggamit ibadat kita,
Menggamit amalan kita untuk menyelamatkkan kita dari
Yang amat amat memeritkan,
Raungan ,tangisan,erangan kesakitan yang amat amat
Hanya kita yang akan menghadapi,
Hidup ini,
Begitu sukarnya untuk kita melalui onak dan duri,
Kerana ujian ,
Menentukan keimanan seseorang,
Tempat bergantung kita kepada Allah swt,
Selagi kita berada di jalan yang lurus,
Insyaallah Allah swt akan menyelamatkan kita,
Nikmat paling besar yang dianugerahkan kepada kita,
Adalah anugerah iman,
Hanya keimanan yang berada didalam dada dapat
Daripada seksa kubur,
Daripada seksa api neraka yang akan membakar dan
Sedarlah,
Wahai kawan-kawan,
Bangkitlah dari tidur,
Marilah kita sama-sama beriman kepada Allah swt,
Marilah kita sama-sama bersyukur di atas nikmat kurniaan
Insyaallah,kita akan selamat di hari setiap orang yang sesat
Di hari buku amalan kita dibacakan……………….
Semoga kita,
Tergolong dalam golongan kanan,
Golongan yang selamat daripada api neraka,
Golongan yang akan dikurniakan oleh Allah swt syurga.
Amin.
~BetULkah BIsiKAN hATIku~
~PEncariAN YG TAk pernah AKAN berAKHIR~
~IMan adalah MUTiara~
Shalat menurut bahasa 'Arab: doa. Menurut istilah syara' ialah ibadat yang sudah dikenal, yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam, yang dikerjakan untuk membuktikan pengabdian dan kerendahan diri kepada Allah. Mendirikan shalat ialah menunaikannya dengan teratur, dengan melangkapi syarat-syarat, rukun-rukun dan adab-adabnya, baik yang lahir ataupun yang batin, seperti khusu', memperhatikan apa yang dibaca dan sebagainya.
Apa ertinya beriman kepada yg Ghaib
Ini adalah sebahagian dari rukun iman,iaitu percaya kepada perkara yg ghaib seperti jin,malaikat,syurga,neraka dan sebagainya.Apabila kita mempercayai perkara yg ghaib seperti kewujudan malaikat atib dan raqib yg mencatat amlan kejahatan dan kebaikan yg dilakukan;kita akan lebih menjaga diri sendiri daripada melakukan dosa dan lebih banyak melakukan kebaikan.Begitulah indahnya islam.Islam bukan agama yg menyukai perkara dosan,kejahatan apalagi keganasan..jauh sekali,islam sebegitu.
Rezki: segala yang dapat diambil manfaatnya. Menafkahkan sebagian rezki, ialah memberikan sebagian dari harta yang telah direzkikan oleh Tuhan kepada orang-orang yang disyari'atkan oleh agama memberinya, seperti orang-orang fakir, orang-orang miskin, kaum kerabat, anak-anak yatim dan lain-lain.
SiaPaKAH AL-insaAN?
Siapakah Al insaan(manusia)?
(Al insaan:ayat 1-31)
Adakah anda semua,telah benar-benar mengenali diri sendiri?Siapa diri kita sebenarnya?Dari mana asalnya,manusia?Kenapa kita diciptakan di muka bumi ini?Adakah kita ada jawapan untuk semua ini.Anda boleh mencari jawapannya di dalam alquran .
SEbuaH pERjuangan
Hidup ini adalah sebuah perjuangan.Tanpa perjuangan,sia-sialah kehidupan itu.Kita perlu berjuang untuk mencari kebahagian,kebebasan,kejayaan dan semuanya apa yg kita ingini.Saya sekarang sedang berjuang untuk mencapai kejayaan dalam hidup ini tapi dalam masa yg sama,saya takut jika terlupa untuk hari akhirat saya..saya sentiasa berdoa,agar perjuangan saya untuk berjaya di dunia ini,saya lakukan jua untuk akhirat.Saya ingin menjadi salah seorang islam yg berjaya di muka bumi ini,inilah perjuangan saya.
Bangsa melayu,begitu selesa dengan gejala lepak,gejala dadah dan semuanya yg buruk adalah bangsa melayu..apa dah jadi!!! apa nak jadi dengan bangsa melayu...
Kembalilah pada agamamu,bangsa melayu..iaitu islam.Hanya dengan kembali kepada islam,kamu akan sedar dan nampak segala perjuangan yg perlu kamu lakukan..
Islam itu,sebaik-baik agama..dan hanya agama islam adalah agama yg diturunkan dan diredhai Allah..
Menentang kebiasaan..
Kemahuan mukmin yang kuat adalah menentang dan meninggalkan kebiasaan.Kebiasaan manusia adalah lalai serta tenggelam dalam urusan dunia dan meninggalkan akhirat,ajaran Tuhan tidak masuk dalam hitungan serta tenggelam dalam beraneka syahwat.Seorang yang mencari cinta Tuhan hendaklah meninggalkan segala kebiasaannya.
Allah swt berfirman:
“Ia tidaklah memberi kepada seorangpun juga dengan tujuan berharap pemberiannya dibalas,terkecuali mengharap reda Tuhannya Yang Maha Tertinggi dan Tuhan pasti akan reda terhadapnya.”
Perbanyakkan membaca al-quran ……..menghayati terjemahannya……insyaallah engkau akan sentiasa dilindungi oleh Allah swt daripada tergolong dalam orang yang lalai.